Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin pada pembaca semua. Percubaan untuk posting dari smartphone
Showing posts with label Cherita. Show all posts
Showing posts with label Cherita. Show all posts
26 August 2013
06 October 2011
Pencetus Revolusi IT Steve Jobs Meninggal Dunia
Cerita pembangunan 1 Apple telah menjadi "legenda". Steve Wozniak, bekerja untuk Hewlett-Packard pada masa itu, mahu untuk membina komputer sendiri. Dia tidak mampu menggunakan CPU Intel 8080 (CPU ini adalah sangat popular itu, kerana ia telah digunakan dalam Altair 8800 & IMSAI 8080, tetapi agak mahal). Dia akan menggunakan Motorola 6800 tetapi ia juga terlalu mahal. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membina komputer sekitar 6502 MOS (yang cukup serasi dengan Motorola 6800).
Steve Jobs, mengautcara permainan "Breakout" untuk komputer Atari (dengan sedikit bantuan daripada "Woz"), berminat dengan komputer ini. Mereka bersama-sama mencipta Syarikat Apple Computer dan cuba untuk menjual komputer mereka. Mereka menjual kira-kira 200 unit komputer Apple. Seterusnya mereka mencipta sejarah.
03 October 2011
Kejayaan seorang rakan
Satu emel berkaitan kejayaan seorang yang rakan sepejabat yang telah berjaya mendapat Master Degree in Computer Science tersiar di akhbar thestar online.
Walaupun En. Amir Hamidi Abdul Manan seorang yang kurang daya pendengaran, tetapi kesungguhannya untuk berjaya telah membuka mata bagi golongan bukan OKU untuk lebih gigih berusaha bagi mencapai impian.
"Kalau mereka boleh kenapa kita tidak!."
11 May 2010
Pergi
Aizat - Pergi
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
11 September 2009
Raya di mana?
Mood raya dah makin terasa..boring asik cerita pasal kerja,kerja,kerja...sampai bila pun tak abis jer..orang dah mula berkunjung ke bank..orang dah mainkan lagu raya kat opis....nak perabih duit gaji gamaknya...sebahagian geng sembangkongkang dapat duit yang najib announce semalam..tersenyum riang...ada gak duit belanja raya kat kampung...tapi jangan asik cam kawan aku sorang ni...asik kompol je...tapi tak pernah cukup nak angkat d80...dari angkat d80 baik angkat d5000 jer...tapi jangan lah pula balik kampung pi round rumah orang collect duit raya pulak...nak cukupkan impian anda tu....
cerita pasal duit raya...korang dah tukar ke duit RM1 kat bank?...baik buat awal-awal ni..kang tak sempat...mau abis duit RM1 kat bank nanti...bagi bakal-bakal jutawan onedrop perfume...tentu seronok tahun ini..mau masuk riban-riban....sehari dua ni asik cerita pasal benda alah tu jer...rasanya aku tergolek tempohari pun pasal bau perfume ni kot...(saja nak cari scapegoat hehehe)...untuk rerakan sekalian yang tak tau ari senin baru ni...aku bikin gempak satu opis...nyaris aku kena bawa ngan ambulan...puncanya aku kena angin pasang+cirit birit...mau pitam dibuatnya.....bukan sesuka hati nak tergolek kat lantai pejabat...tapi dah terlampau sakit sangat....tak sangka banyak gak umat yang mengerumuni aku ari tu...tapi disebabkan dah nak dekat punch out balik...aku gagahi juga bangun setelah dibantu oleh memba-memba opis....terimakasih semua...jasa korang Allah saja yang dapat balas.
ok...dah rewang cerita lain pulak...berbalik ke cerita raya...tahun ini aku balik raya di kuching, Sarawak....apa spesialnya beraya disana berbanding di malaya?...so...akan ada travel log pasal kuching nanti InsyaAllah...bukannya apa...mungkin dengan entri aku pasal kuching nanti...manalah tau ada yang kompol duit raya nak pi holiday kat sana ...atau nak beli tikar serawak ke...paling tidak beli gambir serawak barang setengah dozen ...hehehe
Bagi yang memba yang berkereta baru...berhati-hati memandu semasa pulang berhari raya...tau ler kau ada kereta baru...tak pelawa aku pun naik kereta ko...kalau tak nak belanja aku berbuka posa sekali pun at least bawak le aku pusing-pusing putrajaya ngan kereta ko...jangan le macam dorang lain...pi berbuka posa makan seafood...pun tak ajak aku....tau-tau je kat blog dah ada entri...buka jauh sangat meja korang ngan meja aku...kalau tak nak cakap at least ada email,chatroom, sms, telefon, twitter, facebook, blog...dan bermacam lagi cara yang korang boleh contact aku...cis...dasar buaya lupa daratan korang la...
okay..cau dulu....nak periksa.. kat belakang rumah...ada bunyi orang buka pintu le pulak...kebelakang ni banyak le kes pecah rumah kat kawasan aku ni......apa-apa salam lebaran dari aku dan keluarga...salah silap, terkasar, terminum, termakan...apa-apa yang terrrr... harap maafkan...kira zero-zero...next week aku tak der kat opis...dan terus bercuti...tapi jangan risau aku sentiasa online di sebelah malam.....nanti lepas aku balik coti...datang rumah...aku tak buat "open house" macam kebiasaan orang di malaya...tapi korang boleh datang bebila jer sepanjang hari raya...sebelum aku mengunduur diri korang tengok le iklan tm raya tahun ini
babai,salam
09 September 2009
09-09-09
just nothing fancy..
chineses thinks good luck no
malay thinks gold (emas 999)
indian think..?
i think it's a nice number...
chineses thinks good luck no
malay thinks gold (emas 999)
indian think..?
i think it's a nice number...
04 September 2009
Banned Lagu Raya ?
Rasanya tak pernah dengaq lagu raya ini berkumandang kedai-kedai / supermarket / pasaraya / hypermarket....cuba korang peratikan lirik lagu ni...mau tak der bisness dorang semua kalau putaq lagu tok...rasanya dorang dah banned lagu ni dari dimainkan di corong radio mereka...kat Radio / Tv rasa tak der lagu ni...apa pendapat korang?
Hari Raya Pasti Tiba - Sweet September
Hari raya hari raya
Hari raya tetap tiba
Jangan kita jangan kita
Jangan asyik berbelanja
Di sana sini sibuk sekali
Di kaki lima menjual beli
Berbagai jenis barang-barangan
Dari hiasan hingga pakaian
Kalau diturut-turutkan hati
Segala-gala hendak diganti
Tapi baik berfikir dahulu
Lupakan saja yang tidak perlu
Kuih-muih segala juadah
Untuk tetamu yang bakal tiba
Janganlah berlebih bersederhanalah
Semoga berkat segala usaha
Selamat Hari Raya dari A. Romzi
Dah nak masuk minggu ke dua berposa ni...dah makin kerap dengaq lagu raya...tapi pagi ni aku terjumpa satu lagu raya dari A. Romzi...bila beberapa kali dengaq ada kelainan berbanding lagu raya lain yang sering dengaq...lagu raya lain...lebih meleleh-leleh...sedih jer...cuba korang cari mp3 dia...kalau nak juga dengaQ email aku...kang aku bagi kat korang.... tapi kalau dah tak sabaq...carile sendri. Kat bawah ni aku kasik lirik dia...kalau korang tak tau irama dia cam ner korang humming guna rentaq korang...
Terimakasihku pada
Semua kawan
Tak kira dari siapa
Kuterima pemberian
Dari hatimu nan ikhlas
Kupohon ampunan jua
Tak dapat aku membalas
Segala pujian anda
Tak lupa pesan kawan-kawanku
Kini kusampaikan
Yang seperjuangan denganku
Dalam satu kugiran
Ucap Selamat Hari Raya
Pada umat islam semua
Makan dan minum minta dihalalkan
Salah dan silap haraplah maafkan
( ulang dari mula )
Salah dan silap haraplah maafkan
03 September 2009
Masihkah kau ingat?
Cerita benar ini telah lama aku taip...tapi atas beberapa perkara ianya terpendam sebagi deraf je....untuk tatapan memba opis (terutamanya apis) dan di buat pedoman pada semua.
Adakah semuanya salah aku…
YA!!
aku akui… aku kurang mempedulikan diri kau kebelakangan ini....
kau tak pernah merungut tentang apa yang telah aku lakukan ke atas tubuhmu selama ini. Kenapa kau ikutkan sahaja segala nafsu serakah ku? Walaupun kau jenis tak melawan ,aku tahu kau jenis pendendam...kau melawan aku dalam diam…kau sering mengecewakan aku semasa saat-saat aku amat-amat memerlukan bantuanmu. Dalam diam rupanya kau memberontak dengan cara yang tersendiri…
kau ingat aku tak tahu semuanya itu...makin aku diam... makin menjadi-jadi kerenah kau.
Masihkah kau ingat sepanjang perhubungan kita penuh dengan ranjau berduri. Mungkin silap kita juga...terlalu cepat mesra. Masihkah kau ingat diawal perkenalan kita semuanya indah belaka. Waktu itu kentut kau pun berbau wangi pada aku…kau ku tatang bagai minyak yang penuh.
Masih segar dalam ingatan aku waktu duit PTPTN lambat aku terima...aku sering keputusan wang...tapi waktu itulah kau buat kerenah. waktu kau lapar...waktu kau butuhkan wang..aku yang kau cari....tak kan kau lupa aku kerap menahan keroncong perut ini..aku tetap utamakan kau...aku tetap manjakan...mungkin manjaku berlebih banar. perut kau yang lebih utama perlu di isi. Seringkali aku dengar pot pet dari orang disekeliling atas perhubungan kita. Perbezaan kau dan aku bagai langit dan bumi..bagai gajah dan kancil...sesunggunya amat ketara sekali dimata masyarakat. Dahulu memba-memba di rumah sewa nasihatkan aku cari pasangan yang secocok dengan saiz tubuhku. Tapi mungkin memang citrasa aku membutuhkan tubuh mu yang comel.
Masihkah kau ingat peristiwa tahun 2000 semasa kita accident dan tergolek-golek dan terlentang di atas jalanraya…di ketika itu itu aku tak menghiraukan baju dan seluar dibadan ku koyak di robek oleh batu kelikir dan tar jalanraya…hangat darah yang mengalir membasahi pakaian tak terasa...aku terus mendapatkan kau yang tersembam di tengah jalan tu. aku usap-usap tubuhmu...perlahan-lahan aku gagahi mengangkat mu...dan aku iring kau ke pinggir jalan itu...aku begitu takut kalau lewat tadi mungkin kau telah di sauk oleh kenderaan bersimpang siur mengelak mu yang bagaikan pelesit memecah kesunyian subuh menuju entah ke mana arah tujuan.
Aku dah tak sanggup meneruskan perhubungan sebegini..cukup sudah derita yang aku tanggung bersama mu..itulah sebabnya beberapa tahun kebelakangan ini aku mula mengelak dan tidak mengambil port pasal diri mu lagi. aku dah mula fed-up dan penat..mungkin kau pun tahu aku sudah berteman baru waktu itu...aku ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari...
kini keadaan sudah banyak berubah...aku amat membutuhkan dirimu buat sekian kalinya.....jangan kau harap bahagia dari aku..jangan harap janji setia ku kali ini...kau bukan lagi bidadari no1. aku..sekarang kau cuma persinggahan sementara aku.....aku harap kau lupa semua kisah silam kita dan kita mula dengan buku baru...Kriss aku tak boleh janji bersamamu selamanya sekiranya kita berhijrah ke cyberjaya nanti(bila la nak pindah ni)...pasal aku dah digoda bidadari baru.
.
.
.
.
.
...bidadari baru yang diberi nama "Exora".

"foto kenangan bersama mu"
02 June 2009
Misteri Mamak
Mamak adalah diambil dari perkataan Tamil yang membawa maksud pakcik. Manakala di Malaysia terma ini mengambarkan masyarakat dan budaya orang berbangsa Tamil beragama Islam. Masyarakat Mamak telah begitu blend dengan masyarakat Melayu dan kadangkala kita tidak dapat membezakan samada individu tersebut adalah Melayu ataupun Mamak. Mamak dahulu lebih dikenali sebagai peniaga nasi kandar, pembuat teh tarik atau apa-apa pekerjaan kelas rendah mahupun pertengahan. Tetapi kini bangsa Mamak telah maju ke hadapan dan menonjol terutamanya dalam bidang perniagaan seperti Habib Jewel, Mydin berb
anding bangsa Melayu. Kini masyarakt ini lebih menonjol dalam bidang politik pula....korang rasa misteri ini boleh terungkai tak?
anding bangsa Melayu. Kini masyarakt ini lebih menonjol dalam bidang politik pula....korang rasa misteri ini boleh terungkai tak?
29 May 2009
23 April 2009
Reality Show

Dah beberapa minggu ini satu rancangan tv bercorak reality show yang memberikan keinsafan dan kesedaran buat aku. Berbanding banyak rancangan reality show yang lebih bercorak hiburan dan merugikan penonton dimana penonton dibodohkan untuk turut serta mengundi dengan mengeluarkan sejumlah duit poket sendiri untuk merasa kepuasan dan ada pula yang sanggup menitiskan airmata untuk rancangan itu.
Apa yang menarik dalam rancangan ini, ianya lebih ke memberi semangat dan kesedaran kepada penonton untuk membuat transformasi diri...dari badan yang gemok gedempol ke tubuh yang ideal dan sihat. The Biggest Loser show kalau tak silap aku dah masuk siri yang ke 4 di Malaysia di usa dah ada slot untuk The biggest Loser Couple pulak. Buat masakini di siarkan di Astro saluran 702. Ni yang bagi aku semangat nak start balik transformasi diri aku ni...rasa dah terlebih overweight pulak...harap-harap dapat berkekalan semangat aku ini mentransformasikan diri aku.
15 August 2008
Jasa seorang Drebar
Hari ini merupakan hari terakhir, yob (Wan Zulkifli bin Din) di pejabat....kalau yob seorang yang berpangkat...akan ada urusetia bermesyuarat...akan ada buku program...akan ada rehersal...mungkin juga akan ada video presentation di buat khusus untuk yob....tapi yob insan biasa jer...last minutes baru tau ada majlis tuk yob...kiranya majlis bidan terjun ni.....tapi pada aku tugas yob amat bermakna buat semua....tanpa yob....mungkin trip ke Kelantan dan Terengganu tidak akan berjaya....mungkin sampai sekarang aku tak tahu jalan darat ke sana...tanpa yob...mungkin banyak program mengangkut staf ke majlis-majlis tergendala.
Aku ucapkan tahniah dan terima kasih bebanyak kepada yob....kat tempat baru di Sekolah Menengah Teknik Slim River nanti jangan lupa pulak kita orang kat sini...jangan le tukar no hp....walaupun ko dah tak der ...aku tetap ingat jasa-jasa kau pada aku masa kita sama-sama berkhidmat di sini....mungkin aku agak emosi sikit pasal ni...kerana arwah bapa aku juga bekas seorang drebar.
Aku ucapkan tahniah dan terima kasih bebanyak kepada yob....kat tempat baru di Sekolah Menengah Teknik Slim River nanti jangan lupa pulak kita orang kat sini...jangan le tukar no hp....walaupun ko dah tak der ...aku tetap ingat jasa-jasa kau pada aku masa kita sama-sama berkhidmat di sini....mungkin aku agak emosi sikit pasal ni...kerana arwah bapa aku juga bekas seorang drebar.
08 August 2008
08.08.08

Hari ini pada pukul 08:08:08 malam, Sukan Olimpik Beijing akan berlangsung di Stadium "Sarang Burung". Teringat semasa pi sana tahun 2006, stadium tu masih lagi dalam pembinaan, nanti bila ada masa aku tampalkan gambar aku ambil kat salah satu billboard dan bebola gergasi semasa aku di sana. Dalam banyak-banyak cherita pasal logo Beijing 2008, ada satu versi bagaimana terciptanya logo tersebut untuk dikongsi bersama:


03 July 2008
Proton Saga Kelabu
Ada sedikit masa terluang semasa menjadi urusetia bengkel HRMIS di Jabatan hari ini...teringkat lak masa muda-muda dulu..masa tu kerja kat Sabah...tengah surfing terjumpa lak lagu yang dah lama aku tak dengar...dulu lagu ni le....aku jadi tak keruan...pagi hingga petang...siang hingga malam...kat opis...kat jamban...kat atas katil....asik practice lagu ni...orang tak pandai menyanyi...kena lak hafal lagu ni...untuk function kat pejabat masa tu....kalau lagu org malaya...mungkin tak de masalah sangat....ni lagu negeri ni...ngan loghat sabahan lak...lagu Jambatan tamparuli...diaorang tak diterima ...pasal dah biasa orang nyanyi...so kena cari lagu lain...dari banyak-banyak lagu...rasanya lagu ni kira senang nak menghafal lirik dan melodinya....
so aku pi cari kaset lagu ni kat pasar malam berdekatan pejabat...so dengan berbekalkan sony walkman yang baru aku beli (zaman tu tak de mp3 player), aku layan lagu tu...gamaknya cam bebudak AF sekarang menghafal lagu le aku ni...cuma masa tu kaset tu je sebagai guru aku...sampai aku hafal lagu ni....secara tak langsung aku blajar sedikit sebanyak slang orang sabah ni...sampai sekarang dengar je muzik lagu ni aku dah boleh nyanyi lagu ni....so untuk sesapa yang tak tau lagu ni boleh le try cari kat google mp3 lagu ni dan boleh blajar lagu ni...kat sini aku letak senikata lagu ni.....sampai kat sini dulu...hisss...ada lak id tersekat lak student aku ni...
PROTON SAGA KELABU
(Penyanyi/Lirik : Jok Teo Akang)
Manyasal oku….Manyasal oku….
(Penyanyi/Lirik : Jok Teo Akang)
Manyasal oku….Manyasal oku….
Nakasawo di janda muda
Mata keranjang…
Apandai do makan jalan…
Miin..tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Kalau sekadar
Gaji enam ratus satu bulan…
Amu osukup makan..
Sabab mata duitan
Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Mogidu-gidu…om gumuli-guli
Kodoho….
Mihad-mihad doMoki-isian…
Romou mato nu…
Romou mato buayo…
Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Manyasal oku….Manyasal oku….
Nakasawo di janda muda
Mata keranjang…
Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
(trumpet solo)
Mogidu-gidu…om gumuli-guli
Kodoho….
Mihad-mihad do
Moki-isian…
Romou mato nu…
Romou mato buayo…
Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Manyasal oku….Manyasal oku….
Nakasawo di janda muda
Mata keranjang…
Apandai do makan jalan…
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
Miin…tanud nopo koh dilo
Proton Saga Kelabu
16 May 2008
SELAMAT HARI GURU
Sempena Hari Guru ni, aku cuba juga meluangkan masa untuk mengupdate blog yang aku dah tinggalkan hampir 3 bulan. Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang tempoh tu. Kerja semakin bertimbun, tak pernah susut. Pada bulan Mac dan April, masa yang amat menyibukkan...aku ke Miri, Kuantan, Penang memberi taklimat kepada webmaster yang merupakan guru-guru di SMKA. Tak sangka pulak aku suatu waktu dulu aku di ajar oleh guru sekarang aku pulak yang mengajar dorang ni. Kemudian ke Cameron Highland berkursus(dapatlah berehat sambil berkursus)....aku pulak jadi anak murid kepada guru yang separuh masak pengajarannya...manalah JPA dapat tenaga pengajar macam ni.
Kuala Terengganu menjadi destinasi terakhir aku pada hujung bulan April...juga untuk membantu penyediaan gaji untuk guru-guru...Awal Mei sekali lagi ke Hotel Adamson, Kuala Lumpur...berkaitan gaji cikgu jugak...tapi kali ini untuk area Selangor dan Melaka. Kemudian aku mengambil cuti 3 hari sempena hari hari pekerja, berholiday ke Kelantan bersama family...hehehe
So aku rasa sesuai la entry kali ini sempena hari guru ...aku memblog semula. Sepanjang aku berkhidmat di sini banyak staf yang telah bertukar/bersara. Antaranya Ahmad Hisham Idris(xbos1), Shahrizan (shah), Baizura, Rohana dan Sobri Ali (xbos2). 2 orang guru yang amat baik iaitu Dato Hj Dangiran Mustapa (bersara sebagai TKPP), Irawati Jailani (mengikut suami ke Australia). Tersimpan banyak memori bersama mereka ini, mereka bagaikan guru yang memberi pedoman pada aku untuk memperbaiki diri aku.
Sepanjang aku hidup ni, banyak guru yang telah mengajar aku erti hidup dan 'survival'. Terima kasih cikgu yang mengajar aku melukis, berimiginasi dan memberi pendorong kepada aku untuk terus belajar. Aku masih ingat macam mana seorang guru wanita(nama aku dah tak ingat) semasa aku di tingkatan 3, walaupun beliau mengajar subjek geografi, tetapi teknik pengajaran, layanan dan bimbingan sudah cukup membuat aku teruja untuk menghadapi subjek-subjek lain. Pendekatannya sungguh berbeza sekali...aku berjaya dalam SRP with flying colours.
Setelah aku semakin dewasa, aku dapat rasakan sebaik-baik guru adalah musuh-musuh di sekeliling kita....kerana tanpa mereka kita tidak belajar benda yang tidak di ajar disekolah...iaitu pengalaman hidup...walaubagaimanapun...sekali lagi terima kasih kepada semua guru sempena HARI GURU.
24 January 2008
My protege Art
19 January 2008
Bon Appétit
Enjoying tonight, while watching afc (Asian Food Channel - channel 713), i 've been served with black kluang Station coffee, hot dogs, kaya toasted bread and without half boiled egg wallah..Bon Appétit
Dulu aku punye kecik, tapi sekarang dah bosar!
Dulu semuanye kecik-kecik je. Takde pun terpikir nak yang besar-besar. Aku pun tak tahu. Maybe masa tu tak popular sangat kot saiz yang besar-besar ni. Entah la… Tapi ada orang kata, lagi besar, lagi best.
Aku punya dulu kecik je. Takde pun nak besar-besar ni. Nak buat apa kan kalau besar-besar? Walaupun member-member aku punye besar, tapi dorang pun tak tahu nak buat apa sangat ngan saiz yang besar tu. Last-last, terbiar je macam tu. Lebih baik saiz kecik je kan, macam aku punye?
Tapi setelah beberapa tahun aku punye asyik kecik je, so hari ni aku tekad dan telah mempunyai saiz yang besar. Giler punye besar berbanding dengan aku punye sebelum ni. Entah berapa kali lipat aku pun tak tahu. Aku ingat nak yang besar lagi, tapi tak dapat la pulak.
Lagipun, member aku ada cakap, lagi besar, lagi tak elok. Hurm…betul gak cakap dia. Aku setuju dengan pendapat die tu. So aku pun pilih la yang kedua terbesar. Baru puas kalau kita punya besar kan…
Tapi…apa yang kecik, besar tu?...apa ko ingat...emmmm....jangan pikir benda lain... aku cherita pasal pendrive la...jangan ingat lain..
Subscribe to:
Posts (Atom)





