Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

26 August 2013

Peralatan baru

Alhamdulillah ada rezeki sedikit. Tambah peralatan baru untuk kerja-kerja pertukangan.
Bench grinder cap ayam -RM110


Drill press stand RM135

Skil marble/stone cutter RM175. 

Masih baru dalam bidang tukang menukang ni...tapi rasa seronok dan mengisi masa terluang di rumah.
Wishlist yang belum dicapai;
1.mitersaw
2.nail gun
3. Hot gun
4.kreg jig pocket hole
5. Toogle clamp

Membina Anjung Dapur

Tak penah dibuat org, bertukang dalam bulan puasa. Memang memenatkan, bagi mengelakkan tempias hujan dan terik panas, projek ni diteruskan juga. Modal sekitar RM400 membeli;
1.kayu 2x4x14kaki =2 btg - RM80
2.Kayu2x4x10kaki =6 btg -RM100
3.Atap zink kilang=4 keping- RM140
4.Sebungkus skru - RM10
5. Seunit sealeant glue- RM8
6. Tiang simen 10 kaki - 2btg RM60
7. Kayu 2x2x14 - 5 btg RM30
Kerja dibuat dalam 2 minggu(sebelah petang) secara sedikit-sedikit. Kerja-kerja mengorek lubang tiang telah lama dilakukan, sebelum bulan puasa, tetapi mood memasang tiang datang pada awal puasa tempohari.






Kemudian kerja memasang alang kayu dimulakan, dan dibantu apprentice kat atas tangga tu. Masalah menggunakan kayu baru yang belum cukup kering, ianya semakin membengkok, walaupun telah dipilih semasa dikedai hardware, agak untuk sukar memasangnya. TIPS: untuk projek akan datang perlu menggunakan kayu terpakai, kerana ianya lebih keras dan tegak.






 Akhirnya siap juga projek anjung.

07 September 2011

DIM-Longkang

Projek DIM (Do-It-Myself), kali ini adalah menutup longkang di hadapan rumah. Projek hujung minggu ini tidak melibatkan kos yang tinggi. Saluran paip, pasir, batu kerikil, papan, kayu dan simen diperolehi dari lebihan projek terdahulu, manakala batuan sungai adalah pemberian dari seorang teman, cuma jaringan besi yang dibeli dengan bermodalkan RM10. 

Persediaan awal adalah memotong dan membentuk jaringan dawai untuk diletakkan diatas papan lapis bertujuan bagi menguatkan konkrit yang akan dibuat nanti.
Memandangkan lebihan salur paip tidak mencukupi bagi dijadikan terowong bagi laluan air, maka kayu dan papan lapis ditambah bagi menyiapkan projek ini.
Kemudian campuran batu kerikil, pasir dan simen dicampur dengan formula 3-2-1.Setelah adunan konkrit sebati (dah macam buat kueh raya je), ianya di tuang di permukaan papan lapis dan saluran paip, kemudian kerja-kerja melepa simen supaya nampak rata dan menarik. 
Setelah simen kering, bolehlah meletakkan batuan sungai, bagi tujuan dekorasi. Projek ringkas ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, sekitar 1 jam...hasilnya lumayan dimata aku.


20 March 2011

Wakaf

Ok sambungan dari beli papan lantai di Labu, kerja mengukur, memotong, memasang dan melicinkan papan dilakukan. Kerja tak la berapa sukar berbanding dahulu, cuma kerja-kerja melicinkan agak memenatkan memandangkan ketiadaan peralatan.


Sebenarnya wakaf ini sudah 90% siap, cuma asyik terlupa untuk snap gambar terkini, InsyaAllah akan di kemaskini pada entri akan datang. Buat masa ini menjadi tempat anak aku bermain bersama anak-anak jiran  dan kandang-kala menjadi tempat aku berguling-guling menghilangkan lelah semasa kerja-kerja berkebun di belakang rumah.

02 March 2011

Ingat kayu ingat Joomla!


Baru sahaja habis mengajar cara-cara penggunaan Joomla! untuk membangunkan portal kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara percuma. Walaupun jangkaan awal tempahan akan penuh,cuma 14 orang menunjukkan minat untuk belajar.  Mungkin yang lain mempunyai urusan kerja yang lebih penting. Ingatkan bila bertukar ke tempat baru, tidak perlu lagi mengadap Joomla!, tetapi atas permintaan ramai aku gagahkan juga menyediakan slide presentation dan bahan-bahan untuk di berikan kepada mereka. Kali ini semua bahan latihan yang telah disediakan sepenuhnya menggunakan perisian sumber terbuka:
1. Ubuntu 10.10 (sebagai OS),
2. LibreOffice Impress (Slide Presentation)
3. OpenShot Video Editor( Video Tutorial)
Walaupun bilangan peserta tidak begitu menggalakkan, tetapi tetap ceria dan tidak berapa sukar mengajar memandangkan peserta yang mempunyai latarbelakang IT.

Salah seorang peserta sedang melakukan senaman untuk mengurangkan stress.

Amir Hamidi (dua dari kanan) merupakan peserta Istimewa yang pendiam. Hendak tahu kenapa dia seorang pendiam, sila klik pada nama dia untuk mengetahuinya.


Sabtu lepas kayu bersaiz 2"x3"x8' (5 batang) dan papan 8"x8' (12 keping) untuk dijadikan lantai bagi projek gazebo telah dibeli dari sebuah kedai barangan terpakai di Labu. Sekiranya kesihatan mengizinkan, hujung minggu ini kerja-kerja menyiapkan gazebo akan diteruskan semula. Walaupun projek gazebo yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 belum siap sepenuhnya, Proses meratakan tanah untuk projek DIY untuk tahun 2011 sudahpun bermula.
Banyaknya stok di kedai terpakai ini. 
"Kalau ada duit, sekarang boleh angkat ma" kata-kata tokei kedai yang terngiang-ngiang ditelinga aku. Banyak projek DIY yang diidam-idamkan boleh dicapai....bila lah nak bagi kenaikan gaji dan bonus ni...haru...haru..

19 January 2011

Upah atau buat sendiri?

Banyak blog yang memaparkan artikel DIY yang menarik. Dari memasak lauk pauk, membuat kueh-mueh, membuat kek, membuat aksesori, mengubahsuai kenderaan, membuat perabut dan sebagainya. Banyak idea-idea baru diketengahkan dan kebanyakannya boleh dilakukan sendiri oleh pembaca yang rajin ingin mencuba. 
Tetapi kenapa perlu melakukan sendiri (DIY) sedangkan anda boleh upah orang membuatnya?. Pertanyaan klise , bagi orang yang belum pernah menceburi bidang ini. 

Berbalik kepada topik hari ini, Cerita kali ini telah diperam agak lama untuk disiarkan. walaupun ianya belum 100% siap tapi setakat ini aku amat berpuashati dengan perjalanan projek. Ilham membuat projek ini timbul semasa bersama jiran-jiran membuat pos "PENUNGGU" di kawasan perumahan. Berbekalkan perkakas bertukang (sendiri dan dipinjam dari jiran-jiran berdekatan), bahan-bahan binaan yang dibekalkan oleh pemaju dan dikongsi beli bersama jiran, akhirnya terdiri pos kawalan aka "POS PENUNGGU". 

"Cuba ce.ce...cerita sikit Kenapa di gelar "POS PENUNGGU?:, hah di lain masa akan diceritakan kisah "POS PENUNGGU" ... nantikan kemunculannya. Pos penunggu dibina secara bersama tanpa mengupah kontraktor, mat indon mahupun mat bangla. Pengalaman membuat pos ini telah mendorong aku membina sebuah gazebo/wakaf yang sewaktu dengannya di dalam kawasan rumah sendiri. Berbagai blog, forum, laman web telah dilayari bagi mendapatkan sebanyak maklumat berkaitan rekabentuk dan cara-cara mendirikan gazebo/wakaf. 


Memandangkan projek ini tidak termasuk didalam azam 2010 dan ianya merupakan keputusan di luar jangka, maka tiada peruntukan bajet khusus disediakan untuk projek ini. Sambil mengumpul maklumat dan juga perlu dikumpul. Sedikit demi sedikit dana dikumpul dari gaji bulanan dan lebihan dari wang simpanan untuk membeli bahan-bahan binaan. Kunjungan ke beberapa buah kedai menjual gazebo/wakaf dan laman web mendapati harga pasaran bagi gazebo/wakaf di antara RM1,500 - RM15,000 mengikut keluasan dan jenis kayu dan bahan sampingan yang digunakan. Setelah dicamput, ditolak dan di darab berikut adalah perancangan awal

          Budget              :  RM2,000 (setakat ini RM1,200 telah digunakan untuk pembelian bahan-bahan)
          Keluasan           : 7 kaki x 7 kaki
          Bahan binaan     :  4 batang tiang  5"x5"               (Kayu Resak)
                                      4 batang Kayu Lantai  2" x 4" (Kayu Resak)
                                      4 batang Kayu Atas    2" x 4" (Kayu Resak)
                                      8 batang Kayu bumbung 2" x 3" (Kayu Masak)
                                      10 batang Kayu Genting 1" x 2" (Kayu Masak)
                                      10 keping papan lantai (belum beli)
                                        8 batang Kayu 2" x 4" (Kayu lantai- belum beli)
                                      180 keping genting merah (berlebih 80 keping)
                                      4  unit batu pengalas tiang  (telah dibeli)
                                      2 kampit kecil simen  (telah habis digunakan)
                                       2 kampit kecil pasir (habis digunakan di bumbung)
                                      Paku (mengikut saiz dan keperluan)
          Pembuatan        : DIY (Buat sendiri)

Memandangkan kos untuk membeli kayu yang tahan lasak di kedai hadware mahal, aku beralih kepada pilihan membeli kayu second-hand dari kedai berdekatan labu, negeri sembilan. Walaupun kayu second-hand, setelah diketam dan dicat, tampak seperti kayu yang baru. Kos membeli kayu second-hand jauh lebih murah dari membeli kayu baru dan ianya telah cukup kering untuk digunakan. Peralatan pertukangan tidak perlu dibeli kerana telah dibeli untuk projek-projek sebelum ini. Antara peralatan yang digunakan bagi menjayakan projek ini adalah:-

"Circular Saw, Pahat kayu,  Tukul besi, Sesiku L, Pita pengukur,  Pensil,  Grinder,  Tangga aluminium"





Kerja-kerja membuat tanggam dimulakan seminggu selepas kayu dan tiang dihantar kerana ketiadaan mood.

 Menguji tanggam pada kesemua tiang sebelum tiang-tiang didirikan.




 Kayu yang telah siap ditanggam akan dicat...kemudian dibiarkan seminggu untuk benar-benar kering.

 Penyediaan tapak gazebo dengan meletakkan batu alas tiang.


 Persiapan untuk mendirikan tiang, nasib jiran datang membantu...kalau tak tertangguh lagi projek aku.

 Kayu yang telah ditanda disusun mengikut kedudukan bagi memudahkan pemasangan

Kerja-kerja membaiki tanggam yang agak sempit...Kamarul menunjukkan skil tukang rumah.

 Hujan sudah turun...berhenti kejap....ngeteh di fadhia sambil tunggu hujan berhenti kononnya..Kerja tertangguh lagi dan disambung keminggu berikutnya...leka bersembang di Fadhia....terlupa hujan dah  berhenti dan ada kerja-kerja tertangguh.





Aksi gotong royong,  tanggam tiang  terakhir memang paling sukar, berbanding 3 tiang lain.

Penat dan sakit menyiapkan rangka bumbung 

Bangga dengan hasil kerja setelah tiang asas gazebo dapat didirikan

Genting dah sampai...sentap betul berurusan ngan kedai hardware di Kosmopoint...boleh dorang cakap salah hantar genting....so tangguh lagi satu minggu...genting yang diorder akan dihantar next week....lari perancangan aku.
Pemasangan genting tertangguh beberapa kali dek kerana hujan dan ketiadaan pembantu...jadi ku gagahkan juga untuk angkat, ukur, potong susun...sampai siap...sungguh memenatkan.... naik turun tangga...kalau le aku kurus seperti dahulu...mau semua kerja dilakukan dari atas bumbung.

Rehat kejap sambil snap gambar dari angle lain


Pian @ kontraktor pos mardi datang membantu menyimen. kerja simen ni  tak boleh buat sendiri...takut roboh genting yang dipasang...sia-sia je nanti kerja aku selama ini.













21 April 2009

Terapi mengubat hati yang luka

Adakah hati anda tidak tenang, jiwa kosong, jiwa berserabut, jiwa kacau(boleh kot masuk kategori ini) atau patah hati bila mengenangkan sering kekurangan wang.  Kita diajar untuk sembahyang, berdoa dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kita juga diajar untuk agar berusaha dengan gigih. Tetapi banyak dari kita mencari jalan pintas bagi mengatasi semua masalah ini.

Ada berbagai terapi yang digunapakai oleh ahli-ahli psikologi bagi mengubati masalah ini. Kali ini aku ingin mengenalkan satu skim terapi yang boleh membantu. Untuk pengetahuan kauorang, ini bukannya skim MLM, swisscash,buluhmas atau skim pak man telo. Memang mana-mana skim perlu mengeluarkan modal tak kiralah samada skim cepat kayap atau skim yang baru aku nak perkenalkan ini.

Dengan bermodalkan RM10, kau orang boleh menerima hasil secepat-cepatnya sebulan dan selewat-lewatnya 3 bulan selepas memasuki skim ini bergantung apa pakej yang dipilih. Lagi banyak melabur, lagi banyak kita akan dapat hasilnya. Pokok pangkalnya sanggup berusaha dengan gigih. 

Pakej yang aku tawarkan tidak sama skim MLM/skim cepat kayap yang lain. mereka cuma memerlukan modal anda, goyang kaki tiap-tiap bulan dijanjikan pulangan lumayan dan ada pula yang gurantee sampai bila-bila...cam ni korang boleh terpedaya juga. Tapi skim aku amat berbeza...kau keluar modal kau usahakan kau dapat hasilnya...mana ada jalan pintas nak senang beb...kelangsungan ianya akan memberikan terapi dibawah sedar dapat mengubati hati dan jiwa yang tidak tenteram selama ini. Caranya cukup mudah, dengan berkebun di depan,tepi,belakang atau pun didalam rumah sahaja (ni kalau terlampau extreme ler). Tak perlukan modal yang besar, tiada sawah ber relung-relung luasnya sayup-sayup mata memandang. tak perlu guna saya punya memba...anda bergerak sendiri tanpa perlu memba-memba.

Dengan serendah RM10 kau orang dah boleh mulakan. Nisbah pecahan wang yang anda laburkan :
1. tanah hitam 2 kampit =RM3.00
2. polibag 5-6 keping =RM1.00
3.benih satu pek kecil =RM2.00 (masih boleh cut cost lagi kalau guna biji cili, biji betik, seraiatau halia atau apa-apa je yang ada kat dapur rumah anda)
4.baja taik ayam sekampit =RM4.00

Bukan susah sangat nak mulakan, kalau masih juga tak tahu, apa guna korang surfing internet tiap-tiap hari hanya asyik baca blog orang je, kalau beri komen tak per lah jugak,ni tidak cuma jadi silent visitor jer. Tak kan benda ni aku nak ajar juga...(mau naik darah tinggi ni). Korang gunalah google cari teknik nak tanam-menanam ni semuanya berlambak kat internet...dari tanam sayuran, membaja, ternak ikan, ternak kambing dan lembu...tak cukup blog ...korang boleh bersoal jawab kat macam-macam forum yang disediakan...jangan malu nak bertanya kat forum-forum sedemikian. Jangan jadi masyarakat "spoon feeding". Dari tadika, sekolah rendah, menengah...Kolej atau Universiti...korang dah terlampau lemak dengan budaya sedemikian.... jangan malas sangat...korang ingat dengan goyang kaki jer benih benih tu semua boleh tumbuh ker..kan aku dah bilang...korang tak kan dapat hasil hanya dengan goyang kaki jer...lain lah kalau lepas dah tanam...dah siram...dah baja...petang-petang boleh lah goyang-goyang kaki sambil tengok pokok korang membesar....

Bayangkan kalau korang ada modal lebih dari RM10, berbagai jenis tanaman yang korang boleh tanam. Aku dah cuba memang cukup berkesan...dan terjamin..percayalah;
1. Kurang tekanan di tempat kerja(aku asyik teringat pokok yang aku tanam,siram tiap hari, layu ker?,mati tak?, jadi  tak benih yang aku pindahkan ke batas? dan blaa-bla bla).
2. Badan agak segar berbanding dulu(walaupun aku kurang bersenam cam orang lain, tapi tiap petang aku bercangkul dan sekurang-kurangnya badan berpeluh setiap hari..ialah mana badan boleh tahan lebih 8 jam setiap hari duduk dalam aisbox(pejabat)...tu belum campur masa naik kereta ke pejabat(dah tentu buka aircond)..kalau naik motosikal..dah tentu-tentu dapat aircond free sepanjang perjalanan.). Walaupun pada kau orang apa le sangat bercangkul dan berpeluh...tak ke mana exercise tu....tapi dari sudut pandangan mata aku...ini satu shift-paradigm buat aku....
3. Hasil dari modal yang aku laburkan ( setakat hari ni tak lagi beli sayur, kangkung, sawi, cili dan bendir sudah mengeluarkan hasil dan dah merasa makan sayur yang aku tanam sendiri..dah tentu-tentu tak der racun berbagai...sayur yang dijual kat kedai lom tentu tak disembur racun...anyway batas jagung sudah mula berbunga...tunggu masa untuk berbuah pula. Belanja dapur dapat dijimatkan sedikit. 



4. Walaupun aku masih belum mampu nak renovate rumah macam jiran sebelah kiri dan kanan aku...tapi aku berbangga aku tak sia-siakan tanah yang ada disekeliling rumah, pada aku buat apa hanya tanam bunga-bungaan yang hanya dapat mencantikan rumah jer lebih elok aku tanam yang boleh bagi faedah kepada keluarga aku, dengan melihat semua tanaman mula berputik, membesar berbunga dan membuahkan hasil sudah cukup menyembuhkan hati-hati yang terluka secara dalaman.

Biar pi la apa dorang nak kat pasal aku,laman aku,rumah aku...yang penting hati aku puas...rumah aku suka hati aku lah nak tanam apa...

11 August 2008

Renovation - Part 2


Hampir seminggu menunggu, reschedule appointment beberapa kali ..finally tertempek juga grill ni...so di sebabkan tak benda nak buat...sambil mamat pakistan 2 orang ni dok sibuk pasang grill...aku buat sessi interview...rupanya, mereka ni adik beradik yang datang ke sini nak kompol duit...2 tahun lagi balik nogeri nak buat business...dorang cuma amik coti pada hari raya je..dek nak kompol duit nak bawak balik Islamabad....yang bertopi tu..adik dia...agak pendiam....tapi semenjak aku jadi amik ngan syarikat BBW ni...aku dah kenal si abang dia(yang berdiri kat tangga tu)....dari mula...ukur, design pasang semua tokey dia rujuk dia...kalau dia ni mati...mau terkedu juga si tokey wazuri ni...sampai nama kedai pun dia suggest kat tokey dia...setakat ni aku puas hati amik ngan syarikat ni...kira boleh kowtim...ada beberapa waiting list project yang masih lom terlaksana...walau pun aku sedar sebenornya dah terover budget...


DIY project untuk minggu ni di tunda sementara...aku nak pi jenguk MAHA 2008 kejap...tapi tak tau bila nak pi...last MAHA 2006...bagai nak tercabut kaki aku menahan kesakitan berjalan kaki, kerana tramp yang sentiasa penuh di setiap perhentian...hopefully event kali ini...harap mereka dah buat post mortem, kesilapan 2006...dan tahun ini harap-harap ler masalah tramp telah diatasi. mana tau ada benda yang menarik yang boleh di adaptasi kat rumah aku kelak...tapi yang pasti aku tak leh letak janapari-janapari kat belakang rumah tu.

28 July 2008

Adik-adik berdua tu tak sekolah ka pak?

indon
Itulah pertanyaan yang keluar dari mulut mat indon yang menumpang mengambil wuduk di rumah aku tempohari....sungguh sadis sekali, member-member aku dia ingat bebudak sekolah. kesian pun ada kelakar pun ada, walaubagaimana pun aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada 2 orang ni, tanpa diorang ni tak le mampu buat projek DIY sorang diri. Walaupun belum siap 100%, namun aku puashati dengan collabration bersama mereka, rajin-rajin belaka...nanti kalau korang nak buat projek DIY cam ni boleh contact aku balik....aku recommend mereka ni. Walau apa pun...tercapai hajat nak pasang pintu secara DIY.

14 July 2008

Renovation

3 minggu lepas dapat kunci rumah, semenjak tu masa makin kurang. setiap hujung mingguke sana ke mari, walaupun harga minyak naik, kena jugak cari quotation , pi survey harga barang, beli keperluan rumah baru. Kos renovation keseluruhan 'out of budget' untuk tahun ni...so kena cari budget untuk tahun depan...itupun kalau ada...as for now aku buat renovation yang perlu je seperti, grill, pintu, lampu dan plaster ceiling. grill tak le hebat cam org lain...ala kadar je...kat org jangan tak de at least ada le protection....depan pakai wrought iron...dan lain...iron biasaje...itu pun...5-6 quotation aku amik sebelum dapat rega yang berpatutan....ni kalau korang nak buat boleh amik syarikat ni bengkel wazuri ni. tokei dia okay je...semalam baru pi tengok grill tu...dah siap tunggu green light dari aku je bila nak pasang.

Grill ni kena tunggu dulu, pasal pemaju kena buat baikpulih kerosakan ke atas rumah aku ni. masa aku dapat kunci dulu...aku dah pi tengok rumah...ada beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki, cermin depan dan sliding door rosak dek tangan yang gatal membaling batu kat rumah aku...ada juga kes kecurian kabel elektrik berlaku kat baris rumah aku, termasuklah rumah aku sekali....so jumaat lalu aku dah pi tengok sekali lagi rumah...nampaknya progress baikpulih berjalan lancar...hopefully by today...semuanya siap.

Bagi mengurangkan kos, pemasangan pintu baru...aku malas le nak cari quotation lagi, kos minyak dah hampir menyamai kos pemasangan pintu tu..so aku ingat nak buat DIY. InsyaAllah this coming saturday aku, zul dan Imran Saiful(hafiz) aku membuat projek pemasangan pintu...nanti aku paste kat sini bila semuanya berjalan lancar.

24 January 2008

My protege Art

A collection of my protege art...this is just a test what he is capable of. How a child can describe what they seen and transform it in a form of a drawing. Look how he describe me in below picture...montoknya
wajah kita
He love to draw a cat...this on of many images of a cat done by him.
kuching idaman

Pavement Drawing

pavement-drawWow...menakjubkan...lukisan macam ada unsur 3D...marvelous ...bilalah kat Malaysia boleh jumpa pelukis macam ni...yang ada...graffiti drawing je...bebudak lukis kat tembok...dengan wording yang tah apa-apa...mamat ni dah melukis hampir 10 tahun...tu kata dalam website dia le..so kalau nak tahu lebih lanjut lawatile website dia.