Pages

29 February 2012

Tempahan Online :Timbang Air Laser

Puas sudah mencari gadget ini di kedai-kedai hardware sekitar Puchong, Kajang, Bangi dan di Jalan Pasar. Rata-rata yang dijual di kedai tersebutadalah model yang berharga di antara RM300 ke atas. Setakat hendak membuat projek DIY, agak tidak berbaloi untuk membeli brand yang mahal pun.

Pencarian diteruskan secara dalam talian(online) pula. Banyak maklumat telah dikumpulkan, tetapi urusniaga secara internet masih belum menyakinkan. Sekali lagi usaha mencari di kedai-kedai di sekitar Nilai tetapi tidak berhasil.

Akhirnya akur dengan peredaran masa, transaksi secara internet dicuba. Ini merupakan percubaan pertama untuk menempah barangan secara atas talian. Agak janggal bunyinya, banyak kes yang terpapar di akhbar, online forum dan lain-lain media menceritakan penipuan pembelian atas talian semakin meningkat.
Perhubungan terpaksa di lakukan melalui emel kepada penjual, kerana beliau tidak menyertakan no telefon untuk dihubungi. Setelah pembayaran dibuat, pengirim memaklumkan barang dihantar menggunakan poslaju dan mengambil masa 2 hari untuk sampai dan beliau menyertakan sekali nombor rujukan poslaju . Bagi mempastikan barang ini telah dihantar oleh penjual, semakan di laman sesawang Poslaju telah dilakukan beberapa kali, tetapi dimaklumkan maklumat tiada wujud. Kemudian talian khidmat pelanggan Poslaju di hubungi (1-300-300-300 ) - Jawapannya "Maklumat tidak wujud, pelanggan dinasihati menghubungi penjual bagi memastikan no rujukan adalah betul dan meminta penjual menghubungi semula poslaju...bla..bla..bla".

Tidak puas hati dengan maklumat yang diterima dari Poslaju,  pencarian di laman maya dilakukan dan didapati, bukan saya seorang menghadapi masalah yang sama, tetapi ramai juga komplen berkaitan masalah ini. Setelah barangan sampai ke pengguna barulah maklumat tersebut boleh "Track and Trace". 

Apa ke BANGANG nya poslaju hanya memaparkan maklumat setelah barang tersebut sampai ke destinasi penerima. 

Sepatutnya kemudahan "Track and Trace" diwujudkan bagi membolehkan pengguna menjejak kedudukan terkini pergerakan barang yang dihantar oleh pengirim SEBELUM sampai ke destinasi.


**Jikalau ada dikalangan pembaca blog ini dari kakitangan/saudara mara yang bekerja di poslaju, bolehlah dimaklumkan kepada pengurusan POS Malaysia supaya masalah ini dapat diatasi dan dilakukan penambahbaikan di laman sesawang mereka.

Gadget ini dilengkapi dengan tambahan 3 bateri . Ianya berupaya bertindak sebagai timbang air, mengukur (25 kaki) dan penimbang laser.
Bertambah lagi koleksi gadget DIY dalam simpanan. Harga semasa dibeli RM40.00, tetapi setelah disemak semula di mudah.my, didapati penjual telah menaikan harga sebanya RM15. tetapi masih murah berbanding tawaran dari penjual lain dari Malaysia setakat artikel ini ditulis. Walaupun pertama kali membuat pembelian secara atas talian, banyak pengalaman berguna yang diperolehi bagi mendapatkan gadget dibawah.






06 October 2011

Pencetus Revolusi IT Steve Jobs Meninggal Dunia



Cerita pembangunan 1 Apple telah menjadi "legenda".  Steve Wozniak, bekerja untuk Hewlett-Packard pada masa itu, mahu untuk membina komputer sendiri. Dia tidak mampu menggunakan CPU Intel 8080 (CPU ini adalah sangat popular itu, kerana ia telah digunakan dalam Altair 8800 & IMSAI 8080, tetapi agak mahal). Dia akan menggunakan Motorola 6800 tetapi ia juga terlalu mahal. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membina komputer sekitar 6502 MOS (yang cukup serasi dengan Motorola 6800). 


Steve Jobs, mengautcara permainan "Breakout" untuk komputer Atari (dengan sedikit bantuan daripada "Woz"), berminat dengan komputer ini. Mereka bersama-sama mencipta Syarikat Apple Computer dan cuba untuk menjual komputer mereka. Mereka menjual kira-kira 200 unit komputer Apple. Seterusnya mereka mencipta sejarah.