15 August 2008

Jasa seorang Drebar

Hari ini merupakan hari terakhir, yob (Wan Zulkifli bin Din) di pejabat....kalau yob seorang yang berpangkat...akan ada urusetia bermesyuarat...akan ada buku program...akan ada rehersal...mungkin juga akan ada video presentation di buat khusus untuk yob....tapi yob insan biasa jer...last minutes baru tau ada majlis tuk yob...kiranya majlis bidan terjun ni.....tapi pada aku tugas yob amat bermakna buat semua....tanpa yob....mungkin trip ke Kelantan dan Terengganu tidak akan berjaya....mungkin sampai sekarang aku tak tahu jalan darat ke sana...tanpa yob...mungkin banyak program mengangkut staf ke majlis-majlis tergendala.

Aku ucapkan tahniah dan terima kasih bebanyak kepada yob....kat tempat baru di Sekolah Menengah Teknik Slim River nanti jangan lupa pulak kita orang kat sini...jangan le tukar no hp....walaupun ko dah tak der ...aku tetap ingat jasa-jasa kau pada aku masa kita sama-sama berkhidmat di sini....mungkin aku agak emosi sikit pasal ni...kerana arwah bapa aku juga bekas seorang drebar.

No comments:

Post a Comment