Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

26 August 2013

Peralatan baru

Alhamdulillah ada rezeki sedikit. Tambah peralatan baru untuk kerja-kerja pertukangan.
Bench grinder cap ayam -RM110


Drill press stand RM135

Skil marble/stone cutter RM175. 

Masih baru dalam bidang tukang menukang ni...tapi rasa seronok dan mengisi masa terluang di rumah.
Wishlist yang belum dicapai;
1.mitersaw
2.nail gun
3. Hot gun
4.kreg jig pocket hole
5. Toogle clamp

29 February 2012

Tempahan Online :Timbang Air Laser

Puas sudah mencari gadget ini di kedai-kedai hardware sekitar Puchong, Kajang, Bangi dan di Jalan Pasar. Rata-rata yang dijual di kedai tersebutadalah model yang berharga di antara RM300 ke atas. Setakat hendak membuat projek DIY, agak tidak berbaloi untuk membeli brand yang mahal pun.

Pencarian diteruskan secara dalam talian(online) pula. Banyak maklumat telah dikumpulkan, tetapi urusniaga secara internet masih belum menyakinkan. Sekali lagi usaha mencari di kedai-kedai di sekitar Nilai tetapi tidak berhasil.

Akhirnya akur dengan peredaran masa, transaksi secara internet dicuba. Ini merupakan percubaan pertama untuk menempah barangan secara atas talian. Agak janggal bunyinya, banyak kes yang terpapar di akhbar, online forum dan lain-lain media menceritakan penipuan pembelian atas talian semakin meningkat.
Perhubungan terpaksa di lakukan melalui emel kepada penjual, kerana beliau tidak menyertakan no telefon untuk dihubungi. Setelah pembayaran dibuat, pengirim memaklumkan barang dihantar menggunakan poslaju dan mengambil masa 2 hari untuk sampai dan beliau menyertakan sekali nombor rujukan poslaju . Bagi mempastikan barang ini telah dihantar oleh penjual, semakan di laman sesawang Poslaju telah dilakukan beberapa kali, tetapi dimaklumkan maklumat tiada wujud. Kemudian talian khidmat pelanggan Poslaju di hubungi (1-300-300-300 ) - Jawapannya "Maklumat tidak wujud, pelanggan dinasihati menghubungi penjual bagi memastikan no rujukan adalah betul dan meminta penjual menghubungi semula poslaju...bla..bla..bla".

Tidak puas hati dengan maklumat yang diterima dari Poslaju,  pencarian di laman maya dilakukan dan didapati, bukan saya seorang menghadapi masalah yang sama, tetapi ramai juga komplen berkaitan masalah ini. Setelah barangan sampai ke pengguna barulah maklumat tersebut boleh "Track and Trace". 

Apa ke BANGANG nya poslaju hanya memaparkan maklumat setelah barang tersebut sampai ke destinasi penerima. 

Sepatutnya kemudahan "Track and Trace" diwujudkan bagi membolehkan pengguna menjejak kedudukan terkini pergerakan barang yang dihantar oleh pengirim SEBELUM sampai ke destinasi.


**Jikalau ada dikalangan pembaca blog ini dari kakitangan/saudara mara yang bekerja di poslaju, bolehlah dimaklumkan kepada pengurusan POS Malaysia supaya masalah ini dapat diatasi dan dilakukan penambahbaikan di laman sesawang mereka.

Gadget ini dilengkapi dengan tambahan 3 bateri . Ianya berupaya bertindak sebagai timbang air, mengukur (25 kaki) dan penimbang laser.
Bertambah lagi koleksi gadget DIY dalam simpanan. Harga semasa dibeli RM40.00, tetapi setelah disemak semula di mudah.my, didapati penjual telah menaikan harga sebanya RM15. tetapi masih murah berbanding tawaran dari penjual lain dari Malaysia setakat artikel ini ditulis. Walaupun pertama kali membuat pembelian secara atas talian, banyak pengalaman berguna yang diperolehi bagi mendapatkan gadget dibawah.






29 August 2011

Alat Ukiran


Koleksi gadget bertambah lagi, hadiah yang cukup bermakna dari MEM BESAR. walaupun tak secanggih produk Dremel , tapi cukup memadai untuk digunakan untuk newbie seperti aku. Satu set drill aksesori untuk mengukir dan satu set pro's kit PT-5021. Alatan ini belum lagi digunakan walaupun telah dibeli agak lama...mood untuk mengukir nampaknya belum mari lagi.





"Terimakasih daun keladi ...lain kali beli yang mahal sekali"


31 March 2010

Digital Journal

2010 dibanjiri dengan gadget-gadget berasaskan tablet pc/phone. Walaupun tablet pc yang diperlopori oleh microsoft muncul sekitar tahun 2001, tetapi ianya tidak begitu diminati ramai. Teknologi yang direcycle dari mula kemunculannya dan diberi beberapa penambahbaikan, didapati mendapat perhatian ramai. bukan saja pengguna teruja, beberapa pengeluar juga telah mula mengeluarkan produk masing-masing berasaskan tablet  gadget ini. Microsoft Courier yang telah diwar-warkan sekitar september 2009 bakal memberi satu alternatif baru kepad penulis jurnal/blog dalam mengemaskini jurnal/blog masing-masing. Bukan itu sahaja dengan sedikit kreativiti dan pengubahsuaian, ianya boleh diadaptasi kepada murid-murid sekolah di Malaysia bagi menggantikan buku kerja/ buku nota/uku teks dan digunapakai di dalam sistem pembelajaran disekolah. Itupun sekiranya kos setiap unit yang rendah untuk dibeli oeleh ibubapa.

Pada bulan lepas Apple telah mengeluarkan produk iPad, tetapi kosnya dirasakan tidak menepati citarasa ramai dan ianya seolah-olah iphone yang dibesarkan dari segi saiz dengan beberapa ciri-ciri tambahan, begitu juga produk dari Fusion Garage iaitu JooJoo tablet. Samsung juga akan mengeluarkan produknya Manakala  Microsoft Courier, bakal menambahkan persaingan dalam merebut peluang dalam segmen ini. 

Di harap dengan bertambahnya persaingan akan dapat menghasilkan produk yang bermutu, mengikut citarasa ramai dan yang paling penting harga yang murah, sekiranya tidak, peluang ini mungkin akan dimonopoli oleh syarikat dari China dengan membuat produk tiruan dengan kos yang murah bagi menampung permintaan ramai.

07 January 2008

Life begin @40

emmmm.....Masa dulu ada beli tablet pen untuk buat thesis...habis saja thesis, pen tu terbiar dalam kotak di stor..terlupa nak pisahkan bateri dari pen itu...menyebabkan bateri di dlam pen tersebut melting dan merosakkan parts dalam pen...aku pun masa tu tak berapa nak melukis asyik sibuk belajar 3D....so aku bawa pen tu ke opis lama dan pass pada somebody, mana tau dia boleh repair dan recycle semua pen tablet.

Photobucket
Awal tahun 2007 aku beli satu lagi pen tablet brand Genius G-Pen 4500...harga tak le mahal macam yang dulu. Kalau ikutkan nafsu...nak je sambar Wacom...tapi tak cukup budget...so aku pakai pen ni....pen ini hampir senasib dengan pen dahulu...dah lama juga terbiar...memandangkan esok is my holiday...so why not aku spent sometime lembutkan semula jari jemari ini dengan melukis gambar dibawah gunakan pen tersebut. Software yang aku gunakan adalah artrage 2.5

26 December 2007

Cult of Mac

Dont be fools...It's not a Christmas gift, but it's sort of a dream comes true. I'm a big fan of Apple since 1985. The first computer that i have opportunities to used is apple IIe, adored by the design and the OS...i promised myself...someday I'll using it for my works.... today is the day... a long waiting, a few paperworks and finally a well worth for the hardworking to achieve this moment.... hope nobody will be jealous this.
Photobucket
I'am still waiting for Final Cut Pro to come...so after this, a few staff will be send for the training again...and become one of Mac believer or creating a cult of Mac in the office.