03 September 2009

Masihkah kau ingat?

Cerita benar ini telah lama aku taip...tapi atas beberapa perkara ianya terpendam sebagi deraf je....untuk tatapan memba opis (terutamanya apis) dan di buat pedoman pada semua.
Adakah semuanya salah aku…
YA!!
aku akui… aku kurang mempedulikan diri kau kebelakangan ini....
kau tak pernah merungut tentang apa yang telah aku lakukan ke atas tubuhmu selama ini. Kenapa kau ikutkan sahaja segala nafsu serakah ku? Walaupun kau jenis tak melawan ,aku tahu kau jenis pendendam...kau melawan aku dalam diam…kau sering mengecewakan aku semasa saat-saat aku amat-amat memerlukan bantuanmu. Dalam diam rupanya kau memberontak dengan cara yang tersendiri…
kau ingat aku tak tahu semuanya itu...makin aku diam... makin menjadi-jadi kerenah kau.
Masihkah kau ingat sepanjang perhubungan kita penuh dengan ranjau berduri. Mungkin silap kita juga...terlalu cepat mesra. Masihkah kau ingat diawal perkenalan kita semuanya indah belaka. Waktu itu kentut kau pun berbau wangi pada aku…kau ku tatang bagai minyak yang penuh.
Masih segar dalam ingatan aku waktu duit PTPTN lambat aku terima...aku sering keputusan wang...tapi waktu itulah kau buat kerenah. waktu kau lapar...waktu kau butuhkan wang..aku yang kau cari....tak kan kau lupa aku kerap menahan keroncong perut ini..aku tetap utamakan kau...aku tetap manjakan...mungkin manjaku berlebih banar. perut kau yang lebih utama perlu di isi. Seringkali aku dengar pot pet dari orang disekeliling atas perhubungan kita. Perbezaan kau dan aku bagai langit dan bumi..bagai gajah dan kancil...sesunggunya amat ketara sekali dimata masyarakat. Dahulu memba-memba di rumah sewa nasihatkan aku cari pasangan yang secocok dengan saiz tubuhku. Tapi mungkin memang citrasa aku membutuhkan tubuh mu yang comel.
Masihkah kau ingat peristiwa tahun 2000 semasa kita accident dan tergolek-golek dan terlentang di atas jalanraya…di ketika itu itu aku tak menghiraukan baju dan seluar dibadan ku koyak di robek oleh batu kelikir dan tar jalanraya…hangat darah yang mengalir membasahi pakaian tak terasa...aku terus mendapatkan kau yang tersembam di tengah jalan tu. aku usap-usap tubuhmu...perlahan-lahan aku gagahi mengangkat mu...dan aku iring kau ke pinggir jalan itu...aku begitu takut kalau lewat tadi mungkin kau telah di sauk oleh kenderaan bersimpang siur mengelak mu yang bagaikan pelesit memecah kesunyian subuh menuju entah ke mana arah tujuan.
Aku dah tak sanggup meneruskan perhubungan sebegini..cukup sudah derita yang aku tanggung bersama mu..itulah sebabnya beberapa tahun kebelakangan ini aku mula mengelak dan tidak mengambil port pasal diri mu lagi. aku dah mula fed-up dan penat..mungkin kau pun tahu aku sudah berteman baru waktu itu...aku ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari...
kini keadaan sudah banyak berubah...aku amat membutuhkan dirimu buat sekian kalinya.....jangan kau harap bahagia dari aku..jangan harap janji setia ku kali ini...kau bukan lagi bidadari no1. aku..sekarang kau cuma persinggahan sementara aku.....aku harap kau lupa semua kisah silam kita dan kita mula dengan buku baru...Kriss aku tak boleh janji bersamamu selamanya sekiranya kita berhijrah ke cyberjaya nanti(bila la nak pindah ni)...pasal aku dah digoda bidadari baru.
.
.
.
.
.
...bidadari baru yang diberi nama "Exora".
"foto kenangan bersama mu"

No comments:

Post a Comment