16 May 2008

SELAMAT HARI GURU

Sempena Hari Guru ni, aku cuba juga meluangkan masa untuk mengupdate blog yang aku dah tinggalkan hampir 3 bulan. Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang tempoh tu. Kerja semakin bertimbun, tak pernah susut. Pada bulan Mac dan April, masa yang amat menyibukkan...aku ke Miri, Kuantan, Penang memberi taklimat kepada webmaster yang merupakan guru-guru di SMKA. Tak sangka pulak aku suatu waktu dulu aku di ajar oleh guru sekarang aku pulak yang mengajar dorang ni. Kemudian ke Cameron Highland berkursus(dapatlah berehat sambil berkursus)....aku pulak jadi anak murid kepada guru yang separuh masak pengajarannya...manalah JPA dapat tenaga pengajar macam ni.

Kuala Terengganu menjadi destinasi terakhir aku pada hujung bulan April...juga untuk membantu penyediaan gaji untuk guru-guru...Awal Mei sekali lagi ke Hotel Adamson, Kuala Lumpur...berkaitan gaji cikgu jugak...tapi kali ini untuk area Selangor dan Melaka. Kemudian aku mengambil cuti 3 hari sempena hari hari pekerja, berholiday ke Kelantan bersama family...hehehe

So aku rasa sesuai la entry kali ini sempena hari guru ...aku memblog semula. Sepanjang aku berkhidmat di sini banyak staf yang telah bertukar/bersara. Antaranya Ahmad Hisham Idris(xbos1), Shahrizan (shah), Baizura, Rohana dan Sobri Ali (xbos2). 2 orang guru yang amat baik iaitu Dato Hj Dangiran Mustapa (bersara sebagai TKPP), Irawati Jailani (mengikut suami ke Australia). Tersimpan banyak memori bersama mereka ini, mereka bagaikan guru yang memberi pedoman pada aku untuk memperbaiki diri aku. 

Sepanjang aku hidup ni, banyak guru yang telah mengajar aku erti hidup dan 'survival'. Terima kasih cikgu yang mengajar aku melukis, berimiginasi dan memberi pendorong kepada aku untuk terus belajar. Aku masih ingat macam mana seorang guru wanita(nama aku dah tak ingat) semasa aku di tingkatan 3, walaupun beliau mengajar subjek geografi, tetapi teknik pengajaran, layanan dan bimbingan sudah cukup membuat aku teruja untuk menghadapi subjek-subjek lain. Pendekatannya sungguh berbeza sekali...aku berjaya dalam SRP with flying colours. 

Setelah aku semakin dewasa, aku dapat rasakan sebaik-baik guru adalah musuh-musuh di sekeliling kita....kerana tanpa mereka kita tidak belajar benda yang tidak di ajar disekolah...iaitu pengalaman hidup...walaubagaimanapun...sekali lagi terima kasih kepada semua guru sempena HARI GURU.