Hari ini bersiaran dari Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu pula. Masa check in tak sangka dapat bilik suite, begitu teruja masa ambil kunci kat lobby, tak pernah seumur hidup dapat duduk bilik macam ini. Tapi bila membuka bilik tu hampeh..kira so-so le bilik ni, tapi yang penting dapat menginap free kat situ.
Hotel YT, Midtown,Kuala Trengganu.
Bilik Suite dgn 2 tv dan 2 set ruang tamu, biasa-biasa je
Jejak je kaki kat airport KT, terus call driver tak berbayar ku...tup-tup dia dah muncul kat pintu arrival hall. sungguh impressive sungguh budak ganu ni. "Bos,kita pi makan atau check in dulu?",tanya zul . "Kita makan dulu la", katanya lagi...belum sempat aku jawab dah bagi suggestion. "ok", jawab aku, "Apa kata kita pi kedai ICT?", tanya zul lagi...ermm banyak persoalan timbul di fikiran aku "ape hal ajak aku pi kedai ICT lak ni, tadi ajak aku pi makan dan jalan-jalan, aku rasa kat lowyat lagi gempak dari KT, apa hebatnya kedai ICT kat KT ni?". Terkejut bila zul memberhentikan myvi hitamnya yang senget bumpernya di tepi pantai dan disebuat kedai usang. Aku perhatikan signboard kedai tu "ICT Haji Pok Long (seafood)" . "Apa hal kedai ICT jual seafood ni zul?" tanya aku. zul kasitau kat KT memang banyak gerai ICT, wah terror juga orang KT ni kira ICT literate. Tapi pelik juga apa ke hal gerai ICT jual seafood. "Ni bukan kedai jual komputer bos...ni kedai Ikan Celop Tepong(ICT) le bos", jawab zul . Kreatif gak orang Terengganu ni. Dulu masa aku kat Sarawak dorang guna istilah UITM (“Usahawan Ikan Terubok Masin”). Macam-macam lagi istilah lain tak kuasa aku nak cherita kat sini.
Gerai ICT yang kami singgah
my student yang blurr gitu
Shot dari "bilik suite"
Supir ku yang jiwang karat
Tengahari di pantai berdekat primula hotel, ramai gak org ganu bersantai
Cherita kat KT akan bersambung esok kalau aku ada masa nanti,ni pun baru abis bengkel Joomla ngan cikgu cikgi kat bumbung hotel ni.
Rupanya kropok mengambil nama kampung ni
Kali ni beli kropok kat kedai ni pulak
A lot of thing happen from the last aku update blog ni. Semalam pun aku beria-ia mengubah template blogspot ni. Idea nak kemaskini design ni dah lama dok terfikir, tapi baru semalam aku paksa diri mengupdate sampai kol 2 pagi. Surf sana sini cari template yang bersesuaian…so setakat ni aku rasa berkenan pula ngan design ni. So selagi aku tak bertukar fikiran aku guna ler design ni.
Permohonan aku masih terawang-awang, tak tahu kat mana sekarang. Dah malas nak tanya, naik feed up pula, mohon bulan November 2008, sampai la ni belum keluar lagi dari opis ke BSM, tu belum kira nak sampai JPA. Hei betul-betul TERTEKAN rasanya mengenangkan surat aku ini.
Kalau blog Sembangkongkang berbangga dengan entri CUT COST mereka, aku ada juga. Dapat juga cut cost tahun ni. Tak sangka dapat baju raya, samping songket ngan songkok free, walaupun warna baju tu oren, peduli apa yang penting FREE. Tentu ada yang fikir, mana ada orang nak kasi benda free??, ye lah, kena ler buat kerja dulu, cuma berarak jer dari masjid Negara ke dataran merdeka je…bukannya jauh sangat. Aku teruja bukan pasal baju tu sangat, tapi sebenarnya nak ambil peluang belajar jadi paparazzi, dapat gak amik gambar DYMM Agong secara dekat, bangga sangat rasanya, selalunya tengok kat TV jer photographer berebut-rebut nak cari shot yang baik, tapi hari tu aku join sekaki berebut sama ngan dorang sempena majlis maulidur rasul.
Memandangkan jadi jurufoto, takde le gambar...tapi baju & samping cam 2 jiwa kacau ni ler.
Demam pi panggung tengok cherita “GENG Pengembaraan bermula…” dari lescopaque dari reda, collection mencecah RM5 Juta. Nak juga aku komen cherita ni, animation & grafik bagus ler memandangkan this is the first 3D animation movie dari Malaysia, jalan cherita banyak tiru dari cherita 3D luar, tapi kira ok ler. For the first 10-15 minutes, boring sikit because most of the them dah samada dah keluar kat TV atau kat laman web mereka. Part aku boring sangat part lagu tu, panjang sangat and dah keluar berapa kali kat TV. As conclusion, i expect more, but compare budget yang dorang keluarkan and company oversea, kira aku tetap respect ngan dorang ni. Nampak juga output mereka, kalau nak banding dulu ada satu syarikat nak keluarkan “Saladin”, sampai la ni habuk pun tarak.
Penat aku taip, kira dah banyak aku tulis hari ini, tak termasuk aku bercakap malam tadi, so stop bersiaran duluk, kamek nak sambung layan “Kasanova XXXL”.
"Berkibar dan Berdiri megah"
mana keropok losong dia???
ReplyDeletestakat gambar baik x payah.....