Karamunsing, banyak menyimpan kenangan.
“Tang Dynasty Hotel”, arah ku kepada pemandu, sepanjang perjalanan zul masih mamai, mungkin masih dalam comfort zone selepas diberikan perlepasan cuti yang panjang tempohari. Sesampai di hotel kami guling-guling atas katil dahulu, sambil menunggu cuaca menjadi redup sedikit sebelum sesi ronda-roda berjalan kaki sekitar bandaraya KK bermula.
Sekitar pukul 5.00 petang kami, sesi ronda pusing bandar bermula. Tempat persinggahan pertama adalah Wisma Dang Bandang, kenangan lama mula bermain-main dalam kepala, disini banyak pengalaman yang aku perolehi, aku pernah berkhidmat di sini selama hampir 2 tahun. Kerap kali terpaksa berlari menaiki tangga sehingga ke tingkat 5. Ya “BERLARI MENAIKI TANGGA!” jangan terkejut, dulu body dan stamina tak ler macam sekarang, negeri ini dulu selalu berlaku power failure dan water shortages.
Tingkat 4,5,6 wisma dang bandang
Sebelum zul bertambah boring, aku teruskan sesi ala-ala tour guide ini ke pasar Filipina. Pasar ini biasanya dikunjungi pelancong dan rakyat negeri ini untuk mendapatkan ole-ole untuk dibawa pulang. Banyak perubahan berlaku di kawasan pasar Filipina, kawasanya agak bersih berbanding dahulu. Tiada lagi pasar ikan dibelakang pasar Filipina, ianya telah diganti dengan deretan gerai-gerai makanan laut untuk para tetamu menjamu selera. Tak nampak budak-budak filipino mengeremun pembeli menjual plastik beg(macam lalat mengerumun taik)...tak nampak bungkah-bungkah ikan tongkol dijual, bagai bata bata...tak de peluang nak tunjuk kat ngibung.
gerai pelancong & air setan, pembangunan untuk sapa ni?
gerai menjamu selera. doublestandard?
Dahulu tempat ini penuh dengan warga asing terutamanya dari Filipina. Tetapi sekarang kehadiran mereka tidak begitu dirasakan, walaupun mereka ada berkeliaran, tidak ada lagi orang berjualan rokok seludup dari Labuan, tiada lagi budak-budak menjual bahai (plastic bag) untuk pengunjung yang membeli ikan, tiada lagi aku nampak kanak-kanak menyediakan servis mengilap kasut di restoran berdekatan. Pendek kata, banyak yang telah berubah di sini. Tetapi yang masih kekal mesin-mesin jahit di pintu-pintu masuk pasar Filipina. Aku pun tak tahu kenapa tempat ini dipanggil pasar Filipina, mungkin dulu tempat ini memang penuh dengan warga Filipina mencari rezeki, kiranya macam pasar chowkit dengan warga asing.
Kami cuma window shopping untuk survey harga, maklumlah hari gaji lagi 2 hari lagi. Barang-barang disini agak mahal berbanding dahulu. Dari sana kami menuju pulang ke hotel. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, tetapi macam dah nak malam dah, lupa pula, pertukaran waktu berbeza hampir sejam dari semenanjung. Aku agak keletihan kali ini, memandangkan membawa bebanan beg, kamera dan badan sendiri yang telah terbukti berat.
Sebelah malam seperti biasa kami membuat ice breaking dengan guru-guru dah sabah dan Sarawak. Dengan pengurus projek yang sesedap rasa, aku seperti juga di Kuala Terengganu, paksa dalam rela membuat opening dan closing bagi sesi bengkel kali ini.
Zul seperti biasa dengan darah gemuruh dan gagapnya. Susah aku nak ajar budak sorang, dah puas aku nasihatkan, nasib mulut aku tak jenis berbuih macam setengah pemimpin masa bercakap, kalau tak boleh gak guna bahasa “dah berbuih mulut aku kasi nasihat”. ZUL, kalau engkau baca entri kali ini, jangan pula terasa hati dan mengadu sampai orang kat negeri kangaroo tau.
joomla bermula
first time, gambar semua peserta, nasib aku mbak kamera
Projek Manager dah muncul
cikgu shamsul, seriusnya..cikgu anis kusyuk..lain ermm..paham ke dorang ni?
Minum air kelapa sat!
amplang!!udang!!,keropok ikan!!mari!! 2 singit..2singit
ngibung tengah mabuk shopping
aku dan mesin jahit?
Hari-hari berikut, macam biasa je tak de yang istimewa, melayan masalah guru-guru mendalami ilmu joomla ni. Kali ini kami tidak berkesempatan untuk menjelajah sampai ke kaki gunung kinabalu, apatah lagi nak ke poring, yang paling dekat ke gunung emas pun tak mampu, mungkin lain kali dengan adanya kenderaan, mungkin kami boleh jelajahi tempat-tempat itu, mungkin boleh sampai ke pulau sipadan, kalau di izinkan Allah.
seronok bersembang cikgu zaaba... cikgu bong ngan aku ternganga dibuatnya.
seronok bersembang cikgu zaaba... cikgu bong ngan aku ternganga dibuatnya.
Kemalangan or KONSPIRASI?, ramai yang tak tahu pasal tugu ni, zul dah tentu x tahu. ni aku
bagi link, rajin-rajin le membaca cerita tugu double6 ni di sembulan
dah macam orang filipino pulak
di depan pasar ikan, bukannya tengah marah...tengah panas menahan terik matahari
cikgu soffian tengah pilih menu minum petang
cikgu anis(kk), cikgu nor(matang) dan cikgu siti (shoaw)
ngibung,cikgu zaaba,cikgu anis. thanks cikgu anis pinjamkan kami projector.
I pray that Almighty Allah, will give me the strength that I’m mostly needed to get through all this episode, in my journey, amin.
tengok jam & speck baru aku! ko ingat aku tak de ke?
No comments:
Post a Comment