21 April 2009

Terapi mengubat hati yang luka

Adakah hati anda tidak tenang, jiwa kosong, jiwa berserabut, jiwa kacau(boleh kot masuk kategori ini) atau patah hati bila mengenangkan sering kekurangan wang.  Kita diajar untuk sembahyang, berdoa dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kita juga diajar untuk agar berusaha dengan gigih. Tetapi banyak dari kita mencari jalan pintas bagi mengatasi semua masalah ini.

Ada berbagai terapi yang digunapakai oleh ahli-ahli psikologi bagi mengubati masalah ini. Kali ini aku ingin mengenalkan satu skim terapi yang boleh membantu. Untuk pengetahuan kauorang, ini bukannya skim MLM, swisscash,buluhmas atau skim pak man telo. Memang mana-mana skim perlu mengeluarkan modal tak kiralah samada skim cepat kayap atau skim yang baru aku nak perkenalkan ini.

Dengan bermodalkan RM10, kau orang boleh menerima hasil secepat-cepatnya sebulan dan selewat-lewatnya 3 bulan selepas memasuki skim ini bergantung apa pakej yang dipilih. Lagi banyak melabur, lagi banyak kita akan dapat hasilnya. Pokok pangkalnya sanggup berusaha dengan gigih. 

Pakej yang aku tawarkan tidak sama skim MLM/skim cepat kayap yang lain. mereka cuma memerlukan modal anda, goyang kaki tiap-tiap bulan dijanjikan pulangan lumayan dan ada pula yang gurantee sampai bila-bila...cam ni korang boleh terpedaya juga. Tapi skim aku amat berbeza...kau keluar modal kau usahakan kau dapat hasilnya...mana ada jalan pintas nak senang beb...kelangsungan ianya akan memberikan terapi dibawah sedar dapat mengubati hati dan jiwa yang tidak tenteram selama ini. Caranya cukup mudah, dengan berkebun di depan,tepi,belakang atau pun didalam rumah sahaja (ni kalau terlampau extreme ler). Tak perlukan modal yang besar, tiada sawah ber relung-relung luasnya sayup-sayup mata memandang. tak perlu guna saya punya memba...anda bergerak sendiri tanpa perlu memba-memba.

Dengan serendah RM10 kau orang dah boleh mulakan. Nisbah pecahan wang yang anda laburkan :
1. tanah hitam 2 kampit =RM3.00
2. polibag 5-6 keping =RM1.00
3.benih satu pek kecil =RM2.00 (masih boleh cut cost lagi kalau guna biji cili, biji betik, seraiatau halia atau apa-apa je yang ada kat dapur rumah anda)
4.baja taik ayam sekampit =RM4.00

Bukan susah sangat nak mulakan, kalau masih juga tak tahu, apa guna korang surfing internet tiap-tiap hari hanya asyik baca blog orang je, kalau beri komen tak per lah jugak,ni tidak cuma jadi silent visitor jer. Tak kan benda ni aku nak ajar juga...(mau naik darah tinggi ni). Korang gunalah google cari teknik nak tanam-menanam ni semuanya berlambak kat internet...dari tanam sayuran, membaja, ternak ikan, ternak kambing dan lembu...tak cukup blog ...korang boleh bersoal jawab kat macam-macam forum yang disediakan...jangan malu nak bertanya kat forum-forum sedemikian. Jangan jadi masyarakat "spoon feeding". Dari tadika, sekolah rendah, menengah...Kolej atau Universiti...korang dah terlampau lemak dengan budaya sedemikian.... jangan malas sangat...korang ingat dengan goyang kaki jer benih benih tu semua boleh tumbuh ker..kan aku dah bilang...korang tak kan dapat hasil hanya dengan goyang kaki jer...lain lah kalau lepas dah tanam...dah siram...dah baja...petang-petang boleh lah goyang-goyang kaki sambil tengok pokok korang membesar....

Bayangkan kalau korang ada modal lebih dari RM10, berbagai jenis tanaman yang korang boleh tanam. Aku dah cuba memang cukup berkesan...dan terjamin..percayalah;
1. Kurang tekanan di tempat kerja(aku asyik teringat pokok yang aku tanam,siram tiap hari, layu ker?,mati tak?, jadi  tak benih yang aku pindahkan ke batas? dan blaa-bla bla).
2. Badan agak segar berbanding dulu(walaupun aku kurang bersenam cam orang lain, tapi tiap petang aku bercangkul dan sekurang-kurangnya badan berpeluh setiap hari..ialah mana badan boleh tahan lebih 8 jam setiap hari duduk dalam aisbox(pejabat)...tu belum campur masa naik kereta ke pejabat(dah tentu buka aircond)..kalau naik motosikal..dah tentu-tentu dapat aircond free sepanjang perjalanan.). Walaupun pada kau orang apa le sangat bercangkul dan berpeluh...tak ke mana exercise tu....tapi dari sudut pandangan mata aku...ini satu shift-paradigm buat aku....
3. Hasil dari modal yang aku laburkan ( setakat hari ni tak lagi beli sayur, kangkung, sawi, cili dan bendir sudah mengeluarkan hasil dan dah merasa makan sayur yang aku tanam sendiri..dah tentu-tentu tak der racun berbagai...sayur yang dijual kat kedai lom tentu tak disembur racun...anyway batas jagung sudah mula berbunga...tunggu masa untuk berbuah pula. Belanja dapur dapat dijimatkan sedikit. 



4. Walaupun aku masih belum mampu nak renovate rumah macam jiran sebelah kiri dan kanan aku...tapi aku berbangga aku tak sia-siakan tanah yang ada disekeliling rumah, pada aku buat apa hanya tanam bunga-bungaan yang hanya dapat mencantikan rumah jer lebih elok aku tanam yang boleh bagi faedah kepada keluarga aku, dengan melihat semua tanaman mula berputik, membesar berbunga dan membuahkan hasil sudah cukup menyembuhkan hati-hati yang terluka secara dalaman.

Biar pi la apa dorang nak kat pasal aku,laman aku,rumah aku...yang penting hati aku puas...rumah aku suka hati aku lah nak tanam apa...

2 comments:

  1. bang mun12:04 AM

    betul ker?

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:01 AM

    jiran kanan...wah wah wah area mana ni?

    ReplyDelete