Lama dah tak mengupdate blog ni, ingatkan nak tutup terus...tapi atas permintaan ramai..tak tau lak ramai juga yang membaca blog aku ni...aku bukak balik blog ni untuk peminat-peminat setia aku...rasanya masih tak terlambat aku mengucapkan Selamat Aidilfitri untuk pembaca setia blog ni, dan kali ni aku berpeluang untuk berhari raya di korea...ingatkan bila dah tukar tempat kerja ni dah tak der peluang nak ke obersea..so kali ni kira cam travel log aku sepanjang 10 hari di sana...tajuk kali agak pelik bunyinya....tapi bagi orang yang tahu bahasa hangeul...ianya bermakna 'hello'....lebih kepada greeting bila berjumpa orang di sana. Orang korea yang aku jumpa setakat ni amat teruja dan tersenyum...bila aku mengucapkan annyeonghaseyo pada mereka. Ada yang menyapa balik...dan ada yang mula bercakap korea ngan aku...tapi takat tu jer yang aku tau....ada jugak beberapa perkataan lain yang aku belajar kat sana.
Sawah padi di kiri dan kanan sepanjang perjalanan Dari Seoul ke Gwanju
Translator 1 : berada di dalam bas dari Airport Incheon menuju ke Gwangju
Banyak benda yang aku belajar selama 10 hari kat korea selatan....sebelum ke sana ada juga googlling info berkaitan tempat yang aku tuju iaitu Gwangju..tapi tak banyak yang aku tahu....Bandar metropolitan ini yang agak terkeselatan(betul ke bahasa aku guna ni) dari Seoul...perjalanan ke sana agak meletihkan...mula dengan penerbangan menaiki Korean Air dengan economy class selama 6 jam...kemudian menaiki bas selama 4 jam....sepanjang perjalanan kiri dan kanan lebuhraya penuh dengan sawah padi dan tanaman sayuran...orang korea ni tak membazir tanah...tapi satu yang diperatikan amat jarang mereka meneroka bukit bukau untuk buat tapak pertanian...tak macam kat cameron highland...sampaikan karam singh walia terpaksa berpantun buat liputan pencerobohan bukit...kebanyakan mereka menggunakan tanah yang rata di lembah bukit untuk pertanian...malah pembinaan highway di sana membuat terowong dari membelah bukit untuk membuat jalanraya....berbanding dari highway di Malaysia. Satu benda yang aku agak kagum sepanjang perjalanan, bas menyiarkan program tv tanpa terputus-putus dan siaran nya yang jelas....seolah-olah menonton astro le gamaknya.
Tancheon Service Area (tempat kami berhenti di R & R Korea)
Separuh perjalanan ke Gwangju...bas yang aku naiki berhenti di R&R untuk rombongan kami menjamah juadah makan tengahari.... R&R di sini jauh lebih bersih berbanding R&R di Malaysia...pertama kali kami di jamu dengan makanan korean vegetarian...kat R&R ni aku amat kagum dengan pengurusan mengendalikan pingan mangkuk yang telah digunakan....mereka menyediakan seperti escalator untuk menghantar pingan mangkuk kotor ke belakang restoran untuk dibersihkan...manakana cawan-cawan besi akan disterilkan terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pelanggan restoran....amat kurang dilihat pembantu restoran di sebelah hadapan kedai...mereka menggunakan konsep self service dan sepanjang aku di sini tak pernah aku nampak pekerja asing berkerja di kedai-kedai mereka...sepenuhnya dipenuhi oleh warga korea.
Menu Kami di Tancheon Service Area
Mr Ajwa seronok menjamu juadah
Sampai di Gwangju kumpulan kami di tempatkan di SBC (Small Business Corporation)...lebih kurang macam macam INTAN kat Malaysia...tetapi pusat latihan ini dikendalikan oleh pihak swasta. Pusat ini dibangunkan untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil korea mengembangkan bisnes mereka supaya berdaya saing...sebelum mereka dibekalkan dengan dana-dana dari kerajaan....so habis cerita pasal tempat ni...malam tiada apa-apa aktiviti...tak der apa yang boleh dibuat selain makan malam dan tidur...cuaca agak sejuk kiranya macam kat cameroon highland....tapi dengan adanya heater kat setiap bilik tak ler terasa sejuk sangat...to be continue...
No comments:
Post a Comment