Budak-budak sekarang yang study kat UiTM tak akan jumpa Sign batu macam kat gambar tu...sekarang muka depan UiTM Shah Alam pun dah berubah tempat....kedudukan asal betul-betul depan roundabout sebelah Asrama Jati...sekarang depa dah anjakkan ke depan. Dulu masa zaman aku ianya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara...masa belajar kat ITM... tak de fakulti cam sekarang ni...kami belajar kat "sekolah" iaitu..school of Computer Science & Mathematics...dulu school ni kat menara...sekarang dah ada fakulti sendiri..agak jauh dari menara.. Berbalik pada gambar ni adalah kenangan gambar aku ngan arwah abah ambil diploma masa amik DCS(batch 86-89)...masa tu cuma kak long, emak dan arwah abah pi tengok aku amik diploma ni..kitorang naik bas dari kampung sampai puduraya, kemudian berjalan kaki ke bas stand klang ke ITM..tak le senang cam sekarang boleh bawak kereta.....dari gambar tu sekarang genetik abah aku dah meresap kat tubuh aku ni...
No comments:
Post a Comment