17 March 2010

Sculptris bakal meletop!

Wow!! apa yang boleh lagi diucapkan lagi. Aku mula mengenali perisian ini semasa melayari forum wings3d. Tidak disangka walaupun masih diperingkat alpha3 (semasa entri ini ditulis), perisian ini telah membuat aku terpukau kerana ianya menonjolkan antaramuka yang ringkas berbanding perisian 3d yang gah dipasaran. Senang cerita “sweet &simple” walaupun terdapat banyak lagi kelemahan-kelemahan yang ada, tetapi pengkarya seolah-olah dibawa bermain dengan tanah liat sewaktu proses merekabentuk. Ianya seperti semasa zaman kanak-kanak dahulu bermain dengan “plaster sin”. Satu feature yang sedang ditunggu-tunggu adalah bump mapping/brush. Penciptanya yang dikenali sebagai drpetter telah menayangkan beberapa video sebagai teaser berkaitan feature ini, walaupun setakat ini dari 3 siri alpha telah dikeluarkan, masih belum kelihatan kemudahan ini. Beberapa kemudahan lain sedang diusahakan dan ianya dijangka bakal pesaing kepada  peneraju utama didalam industri 3d dan memberi alternatif kepada perisian berbayar seperti zbursh, mudbox dan 3dcoat

Dari pengalaman menggunakan beberapa perisian 3d yang lain, perisian ini merupakan perisian yang mudah untuk merekabentuk objek bersifat organik, contohnya seperti kepala, muka, badan, otot dan sebagainya. Penyusunan dan jumlah ikon sebagi antara muka yang mudah, ringkas dan tidak terlalu membebankan kepada pengguna baru untuk berjinak-jinak ke dalam bidang ini. Bagi pengguna tegar pula, boleh mempertimbangkan untuk dimasukkan kedalam  workflow sedia ada.