20 June 2009

Salam Perpisahan buat CC & Abg zubir


Semalam merupakan hari terakhir buat cc Azmi di pejabat. Bukan dia seorang saja yang bertukar, seorang lagi adalah Abang Zubir. Aku mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Aku tak berkesempatan untuk hadir semasa majlis perpisahan mereka ini kerana sibuk dengan tugas di luar pejabat. Walaupun perkenalan aku dengan mereka tak lama, tapi otai-otai banyak menurunkan ilmu dan nasihat yang amat berguna pada aku.
bergambar di meja cc Azmi

Abang Zubir, lebih mengenali kawan-kawan aku dahulu semasa bertugas di pusat bandar damansara. nama seperti fadhil, Hj. Rusli, Mat Noor, Hj Jamal menjadi sebahagian dari memba dia...cuma aku mengenali beliau di pejabat ini.

geng sembangkongkang meraikan cc Azmi yang baru mendapat surat pertukaran

Terimakasih bebanyak atas pengalaman, nasihat dan pandangan dari kalian berdua, tak berbalas rasanya, diharap perkenalan tidak terhenti setakat ini sahaja, terutamanya cc...kalau aku ke Kelantan jangan la offkan telefon...boleh la kita minum kopi barang secawan.
berbaju belang(cc Azmi) & berjangut putih(Abg Zubir)..muka dibelakang sebagai penghias gambar sahaja