16 June 2009

Kenalan lama



Semalam tak disangka, semasa minum petang kat coffeehouse hotel, terserempak dengan kenalan lama yang dah 15 tahun tak jumpa. yang aku respect mamat ni dia masih ingat nama aku.tak aku sangka perkenalan selama sebulan semasa berkampung di Intan bukit kiara 15 tahun lalu...dia masih ingat kat aku.

walaupun nama dia aku tak ingat...tetapi raut wajahnya dan kenangan di INTAN masih dalam ingatan aku...kami tak berborak lama...tapi sempat lah bertanya khabar berita. Dalam kehidupan ini ramai orang yang aku dah jumpa, tapi minta maaf kalau aku cepat lupa nama orang...lebih-lebih lagi kalau dah lama tak jumpa...mungkin terlebih makan otak ikan yang menjadi favorite aku dulu-dulu.

jumpa juga gambar lama ni, mamat yang dimaksudkan sebelah kiri sekali. Nama dia kalau tak silap Abdul Rahim.

Oh ya...korang pasti tertanya-tanya..napa lak aku kat coffeehouse hotel. aku sekarang menguruskan kursus Joomla kat hotel Cititel Express, dan bila dah ada kat sini ada sedikit masa terluang untuk mengupdate blog aku. Kali ni lantik tenaga pengajar luar, dah tak larat lagi nak mengajar. masa ini lah aku rasa kagum dengan cikgu-cikgu, macam mana mereka boleh tahan mengajar setiap hari sehingga mereka pencen kelak. Senang untuk menjadi seorang pengajar tapi tidak mudah untuk menjadi seorang pendidik..caiyo lah cikgu.

Minggu lepas, baru aku sedar bagaimana beruntungnya menjadi seorang yang tidak mempunyai penyakit kencing manis. Cuti sekolah aku habiskan menjaga ibu aku yang menjalani pembedahan akibat gigitan seekor kucing di tumit kaki. Bagi penghidap kencing manis kronik gigitan kucing tidak boleh dipandang mudah, sebarang luka kecil boleh merebak, dan proses pembaikannya pula mengambil masa yang lama.

Aku diduga sekali lagi minggu lepas...dry shaft (betul ker ejaan ni) kereta rosak, terbang RM175 menyetalkan benda ini. sebelum ingat nak kereta untuk baiki batang ekzos yang yang berlanggar dengan body kereta, tak settle masalah ni, rupanya dry shaft kereta pula yang rosak. Masa kat bengkel kereta tu...belum pun sempat dry shaft dibaiki, kereta aku dilanggar oleh sebuah lori pula...Ya Allah banyaknya dugaan yang kau berikan pada aku. aku reda dengan ketentuan ini.

Sabtu ni kena pi kedai ketuk dan cat, nasib semua ini ditanggung oleh tokey yang langgar aku. Mengambil iktibar dari semua ini, posotive thingking mungkin Allah ingin menjadikan aku lebih tabah untuk hari-hari yang akan datang.