02 April 2010

Perisan Sumber Terbuka - Pendahuluan

Saya sering mendengar rakan-rakan mengadu dan merungut  berkaitan PC / komputer riba mereka sering menghadapi masalah seperti serangan virus, OS cetak rompak gagal berfungsi dengan baik dsb. Mereka sanggup mengeluarkan RM1000-RM3000 untuk membeli peralatan tetapi tidak sanggup mengeluarkan duit untuk membeli perisian yang asli.

Cadangan yang sesuai adalah beralih kepada perisian sumber terbuka. Kita tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli perisian, cuma berbekalkan kecekalan untuk belajar sesuatu yang baru amat diperlukan. Berbekalkan google kita tidak lagi perlu  membeli buku untuk belajar, kini berbagai forum, blog yang boleh membantu kita dalam sekiranya menghadapi sebarang kegagalan. Perisian sumber terbuka tidak saja untuk  sistem pengoperasian tetapi banyak lagi perisian alternatif menggantikan perisian yang mereka guna sebelum ini, seperti Microsoft Office, Photoshop, Dreamweaver.

Setiap kali versi baru perisian berbayar dilancarkan, pengguna berebut-rebut untuk memilikinya samada dari yang asli mahupun cetak rompak, tetapi kebanyakan pengguna hanya menggunakan pekara-perkara yang asas sahaja manakala sebilangan kecil yang menggunakan sepenuhnya ciri-ciri  baru yang tersedia didalam versi yang baru, sudah tentu ianya merugikan.

Banyak versi OS sumber terbuka telah dicuba sebelum ini. Bermula dengan slackware, redhat, fedora,  mandrake, zenwalk, opensuse, centos, puppylinux dan ubuntu Tetapi minggu ini, saya telah memasang UBUNTU ke dalam komputer riba Dell Inspiron 1464. Disebabkan tidak sabar menunggu versi rasmi (yang lebih stabil) yang dijangka dikeluarkan pada 29 April 2010, saya telah memuat turun Ubuntu 10.04 LTS (Lucid Lynx) Beta1, dan memasang menggunakan pendrive. Semuanya berjalan lancar setakat ini, walaupun tidak 100 % stabil, tetapi ianya berfungsi dengan baik sekali seperti mana yang saya harapkan.

Secara kesimpulannya, walaupun dalam versi beta 1, ianya berfungsi dengan baik, dan antara muka yang lebih cantik berbanding versi 9.10. Dari masa kesemasa saya akan mengemaskini maklumat berkaitan perisian in sebagai tanda sokongan saya terhadap perisian sumber terbuka.

Akhirkata selamat berehat dihujung minggu, dan selamat mencuba dan menyokong perisian sumber terbuka.

31 March 2010

Digital Journal

2010 dibanjiri dengan gadget-gadget berasaskan tablet pc/phone. Walaupun tablet pc yang diperlopori oleh microsoft muncul sekitar tahun 2001, tetapi ianya tidak begitu diminati ramai. Teknologi yang direcycle dari mula kemunculannya dan diberi beberapa penambahbaikan, didapati mendapat perhatian ramai. bukan saja pengguna teruja, beberapa pengeluar juga telah mula mengeluarkan produk masing-masing berasaskan tablet  gadget ini. Microsoft Courier yang telah diwar-warkan sekitar september 2009 bakal memberi satu alternatif baru kepad penulis jurnal/blog dalam mengemaskini jurnal/blog masing-masing. Bukan itu sahaja dengan sedikit kreativiti dan pengubahsuaian, ianya boleh diadaptasi kepada murid-murid sekolah di Malaysia bagi menggantikan buku kerja/ buku nota/uku teks dan digunapakai di dalam sistem pembelajaran disekolah. Itupun sekiranya kos setiap unit yang rendah untuk dibeli oeleh ibubapa.

Pada bulan lepas Apple telah mengeluarkan produk iPad, tetapi kosnya dirasakan tidak menepati citarasa ramai dan ianya seolah-olah iphone yang dibesarkan dari segi saiz dengan beberapa ciri-ciri tambahan, begitu juga produk dari Fusion Garage iaitu JooJoo tablet. Samsung juga akan mengeluarkan produknya Manakala  Microsoft Courier, bakal menambahkan persaingan dalam merebut peluang dalam segmen ini. 

Di harap dengan bertambahnya persaingan akan dapat menghasilkan produk yang bermutu, mengikut citarasa ramai dan yang paling penting harga yang murah, sekiranya tidak, peluang ini mungkin akan dimonopoli oleh syarikat dari China dengan membuat produk tiruan dengan kos yang murah bagi menampung permintaan ramai.