14 January 2011

Tips Pemasangan BloGTK untuk Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat)

Percubaan menggunakan editor BloGTK dalam mengemaskini akaun blogspot. Memasang BloGTK tidak semudah seperti memasang aplikasi lain di Ubuntu Maverick Meerkat. beberapa kali mencuba memasang mengguna versi 1.x dan versi 2.0 tidak berjaya. Hari ini akhirnya berjumpa tips cara pemasangan dengan menukar setting dari maverick ke lucid. Saya sertakan cara pemasangan yang telah membuahkan hasil.


1. Buka tetingkap Terminal.
2. sudo apt-get remove blogtk ( membuang pemasangan bloGTK terdahulu)
3. sudo apt-add-repository ppa:jayreding/ppa
4. Buka Synaptic Package Manager: System ==> Administration ==> Synaptic Package Manager
5. Klik pada Settings ==> Repositories
6. Klik Other Software tab.
7. Edit perkataan maverick kepada lucid untuk 2 statement dibawah :
http://ppa.launchpad.net/jayreding/ppa/ubuntu maverick main
http://ppa.launchpad.net/jayreding/ppa/ubuntu maverick main (Source Code)

8. Tutup Synaptic Package Manager.
9. sudo apt-get update
10. sudo apt-get install blogtk
11. Selepas selesai klik Applications ==> Internet ==> BloGTK

31 August 2010

MERDEKA

Laptop aku telah dimerdekakan dari menggunakan perisian proprietary. Kebebasan menggunakan perisian sumber terbuka, banyak memberi ruang dan peluang untuk mempelajari teknologi baru. Walaupun masih terdapat aplikasi yang masih  bergantung kepada teknologi perisian proprietari, tetapi gerakan ke arah sumber terbuka sudah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Anjakan paradigma secara total diperlukan, terutamanya kepada pengurus dan pentadbir IT bagi mencorak kepelbagaian dalam membangunkan aplikasi yang menyediakan ruang yang luas dalam pembangunan aplikasi berasaskan sumber terbuka.

Fikiran semua pembangun dan pengurus aplikasi perlu berubah dari takuk lama. Jangan biarkan diri dan akal fikiran kita dijajah. Satu transformasi kearah pembangunan aplikasi sumber terbuka diperlukan supaya kemerdekan negara selama 53 tahun memberi satu erti dan nilai yang amat bermakna untuk kita semua. Selamat Hari Merdeka. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA