Baru sahaja habis mengajar cara-cara penggunaan Joomla! untuk membangunkan portal kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara percuma. Walaupun jangkaan awal tempahan akan penuh,cuma 14 orang menunjukkan minat untuk belajar. Mungkin yang lain mempunyai urusan kerja yang lebih penting. Ingatkan bila bertukar ke tempat baru, tidak perlu lagi mengadap Joomla!, tetapi atas permintaan ramai aku gagahkan juga menyediakan slide presentation dan bahan-bahan untuk di berikan kepada mereka. Kali ini semua bahan latihan yang telah disediakan sepenuhnya menggunakan perisian sumber terbuka:
1. Ubuntu 10.10 (sebagai OS),
2. LibreOffice Impress (Slide Presentation)
3. OpenShot Video Editor( Video Tutorial)
Walaupun bilangan peserta tidak begitu menggalakkan, tetapi tetap ceria dan tidak berapa sukar mengajar memandangkan peserta yang mempunyai latarbelakang IT.
Salah seorang peserta sedang melakukan senaman untuk mengurangkan stress.
Amir Hamidi (dua dari kanan) merupakan peserta Istimewa yang pendiam. Hendak tahu kenapa dia seorang pendiam, sila klik pada nama dia untuk mengetahuinya.
Sabtu lepas kayu bersaiz 2"x3"x8' (5 batang) dan papan 8"x8' (12 keping) untuk dijadikan lantai bagi projek gazebo telah dibeli dari sebuah kedai barangan terpakai di Labu. Sekiranya kesihatan mengizinkan, hujung minggu ini kerja-kerja menyiapkan gazebo akan diteruskan semula. Walaupun projek gazebo yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 belum siap sepenuhnya, Proses meratakan tanah untuk projek DIY untuk tahun 2011 sudahpun bermula.
Banyaknya stok di kedai terpakai ini.
"Kalau ada duit, sekarang boleh angkat ma" kata-kata tokei kedai yang terngiang-ngiang ditelinga aku. Banyak projek DIY yang diidam-idamkan boleh dicapai....bila lah nak bagi kenaikan gaji dan bonus ni...haru...haru..