06 October 2011

Pencetus Revolusi IT Steve Jobs Meninggal Dunia



Cerita pembangunan 1 Apple telah menjadi "legenda".  Steve Wozniak, bekerja untuk Hewlett-Packard pada masa itu, mahu untuk membina komputer sendiri. Dia tidak mampu menggunakan CPU Intel 8080 (CPU ini adalah sangat popular itu, kerana ia telah digunakan dalam Altair 8800 & IMSAI 8080, tetapi agak mahal). Dia akan menggunakan Motorola 6800 tetapi ia juga terlalu mahal. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membina komputer sekitar 6502 MOS (yang cukup serasi dengan Motorola 6800). 


Steve Jobs, mengautcara permainan "Breakout" untuk komputer Atari (dengan sedikit bantuan daripada "Woz"), berminat dengan komputer ini. Mereka bersama-sama mencipta Syarikat Apple Computer dan cuba untuk menjual komputer mereka. Mereka menjual kira-kira 200 unit komputer Apple. Seterusnya mereka mencipta sejarah.

03 October 2011

Kejayaan seorang rakan

Satu emel berkaitan kejayaan seorang yang rakan sepejabat yang telah berjaya mendapat Master Degree in Computer Science tersiar di akhbar thestar online. 

Walaupun En. Amir Hamidi Abdul Manan  seorang yang kurang daya pendengaran, tetapi kesungguhannya untuk berjaya telah membuka mata bagi golongan bukan OKU untuk lebih gigih berusaha bagi mencapai impian. 

"Kalau mereka boleh kenapa kita tidak!."

07 September 2011

DIM-Longkang

Projek DIM (Do-It-Myself), kali ini adalah menutup longkang di hadapan rumah. Projek hujung minggu ini tidak melibatkan kos yang tinggi. Saluran paip, pasir, batu kerikil, papan, kayu dan simen diperolehi dari lebihan projek terdahulu, manakala batuan sungai adalah pemberian dari seorang teman, cuma jaringan besi yang dibeli dengan bermodalkan RM10. 

Persediaan awal adalah memotong dan membentuk jaringan dawai untuk diletakkan diatas papan lapis bertujuan bagi menguatkan konkrit yang akan dibuat nanti.
Memandangkan lebihan salur paip tidak mencukupi bagi dijadikan terowong bagi laluan air, maka kayu dan papan lapis ditambah bagi menyiapkan projek ini.
Kemudian campuran batu kerikil, pasir dan simen dicampur dengan formula 3-2-1.Setelah adunan konkrit sebati (dah macam buat kueh raya je), ianya di tuang di permukaan papan lapis dan saluran paip, kemudian kerja-kerja melepa simen supaya nampak rata dan menarik. 
Setelah simen kering, bolehlah meletakkan batuan sungai, bagi tujuan dekorasi. Projek ringkas ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, sekitar 1 jam...hasilnya lumayan dimata aku.


29 August 2011

Alat Ukiran


Koleksi gadget bertambah lagi, hadiah yang cukup bermakna dari MEM BESAR. walaupun tak secanggih produk Dremel , tapi cukup memadai untuk digunakan untuk newbie seperti aku. Satu set drill aksesori untuk mengukir dan satu set pro's kit PT-5021. Alatan ini belum lagi digunakan walaupun telah dibeli agak lama...mood untuk mengukir nampaknya belum mari lagi.





"Terimakasih daun keladi ...lain kali beli yang mahal sekali"


21 August 2011

Mengajar di Bulan Puasa

Menjadi tenaga pengajar kursus Joomla pada 17- 18 Ogos 2011 yang secara kebetulan jatuh pada bulan puasa tidak berapa meletihkan seperti jangkaan awal. Seramai 28 kakitangan dari Kementerian Pertanian berminat untuk menimba ilmu dalam bulan Ramadan ini. Orang lain sibuk teringatkan kampung halaman, kueh raya, juadah berbuka, kita orang sibuk berkursus. Kursus kali ini adalah anjuran Cawangan Pengurusan sumber Manusia, KPIAT/MOA. 

Paling tak disangka, kali ini salah seorang peserta yang berminat adalah seorang doktor. Aku harap ilmu berkaitan Joomla dapat dimanafaatkan di tempat mereka bertugas nanti.InsyaAllah


22 March 2011

Tempat menarik di Cyberjaya

JalanKali ini berpeluang untuk mengunjungi Cyberview Lodge Resort & Spa. Jangan ingat aku ke sana melakukan SPA, tetapi sebenarnya menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh pejabat aku. Pada kebiasaannya ke mana aku pergi akan ku bawa ipad notebook bagi menghilangkan kebosanan, tetapi kali boleh terlupa pula, kawasan persekitaran resort yang tenteram mengurangkan tekanan boring tahap gaban ni. so apa yang yang pelajari dari bengkel ini. 


.. supaya aku tak terlelap semasa bengkel, buku nota dilorek sambil mendengar penceramah  bercerita pasal "dari Lancang ke London"....

20 March 2011

Wakaf

Ok sambungan dari beli papan lantai di Labu, kerja mengukur, memotong, memasang dan melicinkan papan dilakukan. Kerja tak la berapa sukar berbanding dahulu, cuma kerja-kerja melicinkan agak memenatkan memandangkan ketiadaan peralatan.


Sebenarnya wakaf ini sudah 90% siap, cuma asyik terlupa untuk snap gambar terkini, InsyaAllah akan di kemaskini pada entri akan datang. Buat masa ini menjadi tempat anak aku bermain bersama anak-anak jiran  dan kandang-kala menjadi tempat aku berguling-guling menghilangkan lelah semasa kerja-kerja berkebun di belakang rumah.

02 March 2011

Ingat kayu ingat Joomla!


Baru sahaja habis mengajar cara-cara penggunaan Joomla! untuk membangunkan portal kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara percuma. Walaupun jangkaan awal tempahan akan penuh,cuma 14 orang menunjukkan minat untuk belajar.  Mungkin yang lain mempunyai urusan kerja yang lebih penting. Ingatkan bila bertukar ke tempat baru, tidak perlu lagi mengadap Joomla!, tetapi atas permintaan ramai aku gagahkan juga menyediakan slide presentation dan bahan-bahan untuk di berikan kepada mereka. Kali ini semua bahan latihan yang telah disediakan sepenuhnya menggunakan perisian sumber terbuka:
1. Ubuntu 10.10 (sebagai OS),
2. LibreOffice Impress (Slide Presentation)
3. OpenShot Video Editor( Video Tutorial)
Walaupun bilangan peserta tidak begitu menggalakkan, tetapi tetap ceria dan tidak berapa sukar mengajar memandangkan peserta yang mempunyai latarbelakang IT.

Salah seorang peserta sedang melakukan senaman untuk mengurangkan stress.

Amir Hamidi (dua dari kanan) merupakan peserta Istimewa yang pendiam. Hendak tahu kenapa dia seorang pendiam, sila klik pada nama dia untuk mengetahuinya.


Sabtu lepas kayu bersaiz 2"x3"x8' (5 batang) dan papan 8"x8' (12 keping) untuk dijadikan lantai bagi projek gazebo telah dibeli dari sebuah kedai barangan terpakai di Labu. Sekiranya kesihatan mengizinkan, hujung minggu ini kerja-kerja menyiapkan gazebo akan diteruskan semula. Walaupun projek gazebo yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 belum siap sepenuhnya, Proses meratakan tanah untuk projek DIY untuk tahun 2011 sudahpun bermula.
Banyaknya stok di kedai terpakai ini. 
"Kalau ada duit, sekarang boleh angkat ma" kata-kata tokei kedai yang terngiang-ngiang ditelinga aku. Banyak projek DIY yang diidam-idamkan boleh dicapai....bila lah nak bagi kenaikan gaji dan bonus ni...haru...haru..

19 January 2011

Upah atau buat sendiri?

Banyak blog yang memaparkan artikel DIY yang menarik. Dari memasak lauk pauk, membuat kueh-mueh, membuat kek, membuat aksesori, mengubahsuai kenderaan, membuat perabut dan sebagainya. Banyak idea-idea baru diketengahkan dan kebanyakannya boleh dilakukan sendiri oleh pembaca yang rajin ingin mencuba. 
Tetapi kenapa perlu melakukan sendiri (DIY) sedangkan anda boleh upah orang membuatnya?. Pertanyaan klise , bagi orang yang belum pernah menceburi bidang ini. 

Berbalik kepada topik hari ini, Cerita kali ini telah diperam agak lama untuk disiarkan. walaupun ianya belum 100% siap tapi setakat ini aku amat berpuashati dengan perjalanan projek. Ilham membuat projek ini timbul semasa bersama jiran-jiran membuat pos "PENUNGGU" di kawasan perumahan. Berbekalkan perkakas bertukang (sendiri dan dipinjam dari jiran-jiran berdekatan), bahan-bahan binaan yang dibekalkan oleh pemaju dan dikongsi beli bersama jiran, akhirnya terdiri pos kawalan aka "POS PENUNGGU". 

"Cuba ce.ce...cerita sikit Kenapa di gelar "POS PENUNGGU?:, hah di lain masa akan diceritakan kisah "POS PENUNGGU" ... nantikan kemunculannya. Pos penunggu dibina secara bersama tanpa mengupah kontraktor, mat indon mahupun mat bangla. Pengalaman membuat pos ini telah mendorong aku membina sebuah gazebo/wakaf yang sewaktu dengannya di dalam kawasan rumah sendiri. Berbagai blog, forum, laman web telah dilayari bagi mendapatkan sebanyak maklumat berkaitan rekabentuk dan cara-cara mendirikan gazebo/wakaf. 


Memandangkan projek ini tidak termasuk didalam azam 2010 dan ianya merupakan keputusan di luar jangka, maka tiada peruntukan bajet khusus disediakan untuk projek ini. Sambil mengumpul maklumat dan juga perlu dikumpul. Sedikit demi sedikit dana dikumpul dari gaji bulanan dan lebihan dari wang simpanan untuk membeli bahan-bahan binaan. Kunjungan ke beberapa buah kedai menjual gazebo/wakaf dan laman web mendapati harga pasaran bagi gazebo/wakaf di antara RM1,500 - RM15,000 mengikut keluasan dan jenis kayu dan bahan sampingan yang digunakan. Setelah dicamput, ditolak dan di darab berikut adalah perancangan awal

          Budget              :  RM2,000 (setakat ini RM1,200 telah digunakan untuk pembelian bahan-bahan)
          Keluasan           : 7 kaki x 7 kaki
          Bahan binaan     :  4 batang tiang  5"x5"               (Kayu Resak)
                                      4 batang Kayu Lantai  2" x 4" (Kayu Resak)
                                      4 batang Kayu Atas    2" x 4" (Kayu Resak)
                                      8 batang Kayu bumbung 2" x 3" (Kayu Masak)
                                      10 batang Kayu Genting 1" x 2" (Kayu Masak)
                                      10 keping papan lantai (belum beli)
                                        8 batang Kayu 2" x 4" (Kayu lantai- belum beli)
                                      180 keping genting merah (berlebih 80 keping)
                                      4  unit batu pengalas tiang  (telah dibeli)
                                      2 kampit kecil simen  (telah habis digunakan)
                                       2 kampit kecil pasir (habis digunakan di bumbung)
                                      Paku (mengikut saiz dan keperluan)
          Pembuatan        : DIY (Buat sendiri)

Memandangkan kos untuk membeli kayu yang tahan lasak di kedai hadware mahal, aku beralih kepada pilihan membeli kayu second-hand dari kedai berdekatan labu, negeri sembilan. Walaupun kayu second-hand, setelah diketam dan dicat, tampak seperti kayu yang baru. Kos membeli kayu second-hand jauh lebih murah dari membeli kayu baru dan ianya telah cukup kering untuk digunakan. Peralatan pertukangan tidak perlu dibeli kerana telah dibeli untuk projek-projek sebelum ini. Antara peralatan yang digunakan bagi menjayakan projek ini adalah:-

"Circular Saw, Pahat kayu,  Tukul besi, Sesiku L, Pita pengukur,  Pensil,  Grinder,  Tangga aluminium"





Kerja-kerja membuat tanggam dimulakan seminggu selepas kayu dan tiang dihantar kerana ketiadaan mood.

 Menguji tanggam pada kesemua tiang sebelum tiang-tiang didirikan.




 Kayu yang telah siap ditanggam akan dicat...kemudian dibiarkan seminggu untuk benar-benar kering.

 Penyediaan tapak gazebo dengan meletakkan batu alas tiang.


 Persiapan untuk mendirikan tiang, nasib jiran datang membantu...kalau tak tertangguh lagi projek aku.

 Kayu yang telah ditanda disusun mengikut kedudukan bagi memudahkan pemasangan

Kerja-kerja membaiki tanggam yang agak sempit...Kamarul menunjukkan skil tukang rumah.

 Hujan sudah turun...berhenti kejap....ngeteh di fadhia sambil tunggu hujan berhenti kononnya..Kerja tertangguh lagi dan disambung keminggu berikutnya...leka bersembang di Fadhia....terlupa hujan dah  berhenti dan ada kerja-kerja tertangguh.





Aksi gotong royong,  tanggam tiang  terakhir memang paling sukar, berbanding 3 tiang lain.

Penat dan sakit menyiapkan rangka bumbung 

Bangga dengan hasil kerja setelah tiang asas gazebo dapat didirikan

Genting dah sampai...sentap betul berurusan ngan kedai hardware di Kosmopoint...boleh dorang cakap salah hantar genting....so tangguh lagi satu minggu...genting yang diorder akan dihantar next week....lari perancangan aku.
Pemasangan genting tertangguh beberapa kali dek kerana hujan dan ketiadaan pembantu...jadi ku gagahkan juga untuk angkat, ukur, potong susun...sampai siap...sungguh memenatkan.... naik turun tangga...kalau le aku kurus seperti dahulu...mau semua kerja dilakukan dari atas bumbung.

Rehat kejap sambil snap gambar dari angle lain


Pian @ kontraktor pos mardi datang membantu menyimen. kerja simen ni  tak boleh buat sendiri...takut roboh genting yang dipasang...sia-sia je nanti kerja aku selama ini.













14 January 2011

Tips Pemasangan BloGTK untuk Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat)

Percubaan menggunakan editor BloGTK dalam mengemaskini akaun blogspot. Memasang BloGTK tidak semudah seperti memasang aplikasi lain di Ubuntu Maverick Meerkat. beberapa kali mencuba memasang mengguna versi 1.x dan versi 2.0 tidak berjaya. Hari ini akhirnya berjumpa tips cara pemasangan dengan menukar setting dari maverick ke lucid. Saya sertakan cara pemasangan yang telah membuahkan hasil.


1. Buka tetingkap Terminal.
2. sudo apt-get remove blogtk ( membuang pemasangan bloGTK terdahulu)
3. sudo apt-add-repository ppa:jayreding/ppa
4. Buka Synaptic Package Manager: System ==> Administration ==> Synaptic Package Manager
5. Klik pada Settings ==> Repositories
6. Klik Other Software tab.
7. Edit perkataan maverick kepada lucid untuk 2 statement dibawah :
http://ppa.launchpad.net/jayreding/ppa/ubuntu maverick main
http://ppa.launchpad.net/jayreding/ppa/ubuntu maverick main (Source Code)

8. Tutup Synaptic Package Manager.
9. sudo apt-get update
10. sudo apt-get install blogtk
11. Selepas selesai klik Applications ==> Internet ==> BloGTK