Saya sering mendengar rakan-rakan mengadu dan merungut berkaitan PC / komputer riba mereka sering menghadapi masalah seperti serangan virus, OS cetak rompak gagal berfungsi dengan baik dsb. Mereka sanggup mengeluarkan RM1000-RM3000 untuk membeli peralatan tetapi tidak sanggup mengeluarkan duit untuk membeli perisian yang asli.
Cadangan yang sesuai adalah beralih kepada perisian sumber terbuka. Kita tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli perisian, cuma berbekalkan kecekalan untuk belajar sesuatu yang baru amat diperlukan. Berbekalkan google kita tidak lagi perlu membeli buku untuk belajar, kini berbagai forum, blog yang boleh membantu kita dalam sekiranya menghadapi sebarang kegagalan. Perisian sumber terbuka tidak saja untuk sistem pengoperasian tetapi banyak lagi perisian alternatif menggantikan perisian yang mereka guna sebelum ini, seperti Microsoft Office, Photoshop, Dreamweaver.
Setiap kali versi baru perisian berbayar dilancarkan, pengguna berebut-rebut untuk memilikinya samada dari yang asli mahupun cetak rompak, tetapi kebanyakan pengguna hanya menggunakan pekara-perkara yang asas sahaja manakala sebilangan kecil yang menggunakan sepenuhnya ciri-ciri baru yang tersedia didalam versi yang baru, sudah tentu ianya merugikan.
Banyak versi OS sumber terbuka telah dicuba sebelum ini. Bermula dengan slackware, redhat, fedora, mandrake, zenwalk, opensuse, centos, puppylinux dan ubuntu Tetapi minggu ini, saya telah memasang UBUNTU ke dalam komputer riba Dell Inspiron 1464. Disebabkan tidak sabar menunggu versi rasmi (yang lebih stabil) yang dijangka dikeluarkan pada 29 April 2010, saya telah memuat turun Ubuntu 10.04 LTS (Lucid Lynx) Beta1, dan memasang menggunakan pendrive. Semuanya berjalan lancar setakat ini, walaupun tidak 100 % stabil, tetapi ianya berfungsi dengan baik sekali seperti mana yang saya harapkan.
Secara kesimpulannya, walaupun dalam versi beta 1, ianya berfungsi dengan baik, dan antara muka yang lebih cantik berbanding versi 9.10. Dari masa kesemasa saya akan mengemaskini maklumat berkaitan perisian in sebagai tanda sokongan saya terhadap perisian sumber terbuka.
Akhirkata selamat berehat dihujung minggu, dan selamat mencuba dan menyokong perisian sumber terbuka.