Hampir dua bulan tak dikemaskini. Bukan dok lepak tak der kerja...banyak kerja dan benda berlaku. diam tak diam rozella yang ditanam didepan rumah dah mula berbuah..orang kata lepas bunga berkembang dan layu jatuh ketanah, baru le mula boleh dituai...jadi hujung minggu ni, proses memetik dan mengeringkan kelopak rozella, manakala biji benihnya pula akan di recycle semula untuk dijadikan anak pokok-pokok baru. dah boleh dituai...tapi rasanya tak banyak sangat ler...kat depan rumah ada dalam 5 pokok...lelain anak pokok dah di sedekah kat depan rumah jiran.
Buat pertama kalinya dalam seumur hidup, tanam rumput & pokok hiasan di bulan pose...tak ler terasa penat bebenor...cuaca pun redup...tak berapa panas...tahun ini bulan pose dah macam musim tengkujuh. nak upah orang?...rasanya tak berduit cam orang-orang lain...ada jiran dapat quote upah antara 3-5K, dan yang grand pulak siap upah gardener untuk tanam dan maintain rumput kat rumah sendiri.
teman baru je beli walkie talkie V6 kat lowyat baru-baru ni. rega dalam RM250.00 Dah duk kat tempat baru kena le ambik tau kawasan sekeliling. Walaupun hampir 3 bulan join SRS...tapi masih tak dibenarkan meronda lagi selagi tak der vest ngan walkie talkie. so nak rasa gak cam dorang meronda...ya la tak kan membuta je kat rumah suruh orang jaga pulak jaga keselamatan rumah...sesekali kena juga turun padang ronda sama...area sini banyak gak kes pecah masuk rumah...
DIY electrical wiring juga berjaya dilakukan dalam dok senyap tak update blog...dengan sedikit pembacaan kat internet dan googgling around. jumpa le website yang menarik ni cerita pasal wiring siap ngan diagram sekali. macam mana nak tambah wiring dari existing point dan tambah plug point...hacking (ni bukan aku nak cerita pasal PC hacking...ni proses pecah dinding nak tanam wire). kerja hacking banyak menguji keimanan semasa di bolan pose...memula aku pakai pahat batu je...lelama tak larat...nasib baik jiran ada hacking drill (bosch) yang agak power sikit..so aku pinjam tuk kerja menghacking...memang mudah guna benda alah ni. dalam 15 minit dah siap aku buat hacking dari syiling ke switch point...kalau guna pahat...mau dekat 3 hari...campur tolak waktu rehat...maklumlah kerja dibulan pose...lain tak macam bulan alin...kalau haus boleh je balum air kat aisbox. Hajat nak mintak bini aku beli as a gift masa birthday aku...tapi rega dia mahal sangat...so tak sampai hati nak minta....rega dia dekat RM1K...pakai je ler aku impact drill cam ayam. masuk kali ni dah 4 kali aku beli yang cap ayam..semuanya dah rosak....so beberapa hari lepas aku beli gak impact drill cap ayam sekali lagi. kali ini ia berbeza dengan drill sebelum ini dari segi features dan power yang lebih tinggi dan ada box tersendiri...gaya cam beli impact drill yang mahal jer.....so aku boleh meneruskan kerja-kerja menghacking rumah sendiri. 4 plug dan 2 point baru berjaya ditambah....tak sangka sungguh aku.
Ok berbalik kepada tajuk entri kali ini.... mangsa terbaru yang akan dikerjakan adalah eMachine EL1300-166L. Den tak mampu nak beli yang high end...kira budget PC bagi menggantikan pc kat rumah yang rosak. Walaupun spec tak secanggih mana, tapi rasanya hardware part tak de masalah sangat cuma sedikit trill berkaitan GeForce 6150SE chipset driver. harap aku dapat siapkan sebelum hari raya tahun ini...
Secara officially project memasang Mac OSX di eMachine EL1300-166L ini bermula malam ini selepas terawih....itupun kalau tak letih sangat ler..hehe
Buat masa ni spec seperti dibawah:
• AMD© Athlon LE1660 Processor (2.8GHz / 512K Cache)
• FreeDos
• E202H CrystalBrite WLCD with Speaker
• NVIDIA® GeForce® 6150SE Chipset
• 2 GB DDR2 Memory
• 320GB SATA2 Hard Drive
• DVD SuperMultiplus Writer with LabelFlash & DiscT@2 Technology
• Integrated NVIDIA® GeForce® 6150SE graphics
• Integrated 10 / 100 / 1000Mbps Gigabit Ethernet
• Integrated High-Definition audio with 5.1-channel audio
• Multi-in-one Card Reader
• 9 x USB 2.0 (5-Front 4-Rear), Five audio jacks, 2 x PS/2,
• 1 x D-Sub VGA port,1 x PCI Express® X1 slot
• Size : 265 (H) x 371 (D) x 100 (W) mm
• PS/2 Keyboard & Mouse
• 1 Year Local Limited Warranty