Puas sudah mencari gadget ini di kedai-kedai hardware sekitar Puchong, Kajang, Bangi dan di Jalan Pasar. Rata-rata yang dijual di kedai tersebutadalah model yang berharga di antara RM300 ke atas. Setakat hendak membuat projek DIY, agak tidak berbaloi untuk membeli brand yang mahal pun.
Pencarian diteruskan secara dalam talian(online) pula. Banyak maklumat telah dikumpulkan, tetapi urusniaga secara internet masih belum menyakinkan. Sekali lagi usaha mencari di kedai-kedai di sekitar Nilai tetapi tidak berhasil.
Akhirnya akur dengan peredaran masa, transaksi secara internet dicuba. Ini merupakan percubaan pertama untuk menempah barangan secara atas talian. Agak janggal bunyinya, banyak kes yang terpapar di akhbar, online forum dan lain-lain media menceritakan penipuan pembelian atas talian semakin meningkat.
Perhubungan terpaksa di lakukan melalui emel kepada penjual, kerana beliau tidak menyertakan no telefon untuk dihubungi. Setelah pembayaran dibuat, pengirim memaklumkan barang dihantar menggunakan poslaju dan mengambil masa 2 hari untuk sampai dan beliau menyertakan sekali nombor rujukan poslaju . Bagi mempastikan barang ini telah dihantar oleh penjual, semakan di laman sesawang Poslaju telah dilakukan beberapa kali, tetapi dimaklumkan maklumat tiada wujud. Kemudian talian khidmat pelanggan Poslaju di hubungi (1-300-300-300 ) - Jawapannya "Maklumat tidak wujud, pelanggan dinasihati menghubungi penjual bagi memastikan no rujukan adalah betul dan meminta penjual menghubungi semula poslaju...bla..bla..bla".
Tidak puas hati dengan maklumat yang diterima dari Poslaju, pencarian di laman maya dilakukan dan didapati, bukan saya seorang menghadapi masalah yang sama, tetapi ramai juga komplen berkaitan masalah ini. Setelah barangan sampai ke pengguna barulah maklumat tersebut boleh "Track and Trace".

Apa ke BANGANG nya poslaju hanya memaparkan maklumat setelah barang tersebut sampai ke destinasi penerima.
Sepatutnya kemudahan "Track and Trace" diwujudkan bagi membolehkan pengguna menjejak kedudukan terkini pergerakan barang yang dihantar oleh pengirim SEBELUM sampai ke destinasi.
**Jikalau ada dikalangan pembaca blog ini dari kakitangan/saudara mara yang bekerja di poslaju, bolehlah dimaklumkan kepada pengurusan POS Malaysia supaya masalah ini dapat diatasi dan dilakukan penambahbaikan di laman sesawang mereka.

Bertambah lagi koleksi gadget DIY dalam simpanan. Harga semasa dibeli RM40.00, tetapi setelah disemak semula di mudah.my, didapati penjual telah menaikan harga sebanya RM15. tetapi masih murah berbanding tawaran dari penjual lain dari Malaysia setakat artikel ini ditulis. Walaupun pertama kali membuat pembelian secara atas talian, banyak pengalaman berguna yang diperolehi bagi mendapatkan gadget dibawah.