20 June 2009

Salam Perpisahan buat CC & Abg zubir


Semalam merupakan hari terakhir buat cc Azmi di pejabat. Bukan dia seorang saja yang bertukar, seorang lagi adalah Abang Zubir. Aku mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Aku tak berkesempatan untuk hadir semasa majlis perpisahan mereka ini kerana sibuk dengan tugas di luar pejabat. Walaupun perkenalan aku dengan mereka tak lama, tapi otai-otai banyak menurunkan ilmu dan nasihat yang amat berguna pada aku.
bergambar di meja cc Azmi

Abang Zubir, lebih mengenali kawan-kawan aku dahulu semasa bertugas di pusat bandar damansara. nama seperti fadhil, Hj. Rusli, Mat Noor, Hj Jamal menjadi sebahagian dari memba dia...cuma aku mengenali beliau di pejabat ini.

geng sembangkongkang meraikan cc Azmi yang baru mendapat surat pertukaran

Terimakasih bebanyak atas pengalaman, nasihat dan pandangan dari kalian berdua, tak berbalas rasanya, diharap perkenalan tidak terhenti setakat ini sahaja, terutamanya cc...kalau aku ke Kelantan jangan la offkan telefon...boleh la kita minum kopi barang secawan.
berbaju belang(cc Azmi) & berjangut putih(Abg Zubir)..muka dibelakang sebagai penghias gambar sahaja

19 June 2009

Harapan Baru

Hari ini agak mengembiraan dan memberi harapan baru kepada peminat hackintosh terutamanya pengguna yang menunggu driver untuk Intel PRO/ Wireless 3945 AG (802.11a/g) atau 3945 AGN (802.11a/g/draft n). Aku di antara beribu penunggu setia bak menunggu bulan jatuh keriba menantikan driver ini. Sekiranya projekcamphor ini berjalan lancar ianya membolehkan notebook wireless Dell D430/notebook yang menggunakan driver yang sama berfungsi secara flawless. Walaupun belum ada driver yang boleh diuji, tetapi progress agak memberansangkan.

16 June 2009

Kenalan lama



Semalam tak disangka, semasa minum petang kat coffeehouse hotel, terserempak dengan kenalan lama yang dah 15 tahun tak jumpa. yang aku respect mamat ni dia masih ingat nama aku.tak aku sangka perkenalan selama sebulan semasa berkampung di Intan bukit kiara 15 tahun lalu...dia masih ingat kat aku.

walaupun nama dia aku tak ingat...tetapi raut wajahnya dan kenangan di INTAN masih dalam ingatan aku...kami tak berborak lama...tapi sempat lah bertanya khabar berita. Dalam kehidupan ini ramai orang yang aku dah jumpa, tapi minta maaf kalau aku cepat lupa nama orang...lebih-lebih lagi kalau dah lama tak jumpa...mungkin terlebih makan otak ikan yang menjadi favorite aku dulu-dulu.

jumpa juga gambar lama ni, mamat yang dimaksudkan sebelah kiri sekali. Nama dia kalau tak silap Abdul Rahim.

Oh ya...korang pasti tertanya-tanya..napa lak aku kat coffeehouse hotel. aku sekarang menguruskan kursus Joomla kat hotel Cititel Express, dan bila dah ada kat sini ada sedikit masa terluang untuk mengupdate blog aku. Kali ni lantik tenaga pengajar luar, dah tak larat lagi nak mengajar. masa ini lah aku rasa kagum dengan cikgu-cikgu, macam mana mereka boleh tahan mengajar setiap hari sehingga mereka pencen kelak. Senang untuk menjadi seorang pengajar tapi tidak mudah untuk menjadi seorang pendidik..caiyo lah cikgu.

Minggu lepas, baru aku sedar bagaimana beruntungnya menjadi seorang yang tidak mempunyai penyakit kencing manis. Cuti sekolah aku habiskan menjaga ibu aku yang menjalani pembedahan akibat gigitan seekor kucing di tumit kaki. Bagi penghidap kencing manis kronik gigitan kucing tidak boleh dipandang mudah, sebarang luka kecil boleh merebak, dan proses pembaikannya pula mengambil masa yang lama.

Aku diduga sekali lagi minggu lepas...dry shaft (betul ker ejaan ni) kereta rosak, terbang RM175 menyetalkan benda ini. sebelum ingat nak kereta untuk baiki batang ekzos yang yang berlanggar dengan body kereta, tak settle masalah ni, rupanya dry shaft kereta pula yang rosak. Masa kat bengkel kereta tu...belum pun sempat dry shaft dibaiki, kereta aku dilanggar oleh sebuah lori pula...Ya Allah banyaknya dugaan yang kau berikan pada aku. aku reda dengan ketentuan ini.

Sabtu ni kena pi kedai ketuk dan cat, nasib semua ini ditanggung oleh tokey yang langgar aku. Mengambil iktibar dari semua ini, posotive thingking mungkin Allah ingin menjadikan aku lebih tabah untuk hari-hari yang akan datang.


02 June 2009

Misteri Mamak

Mamak adalah diambil dari perkataan Tamil yang membawa maksud pakcik. Manakala di Malaysia terma ini mengambarkan masyarakat dan budaya orang berbangsa Tamil beragama Islam. Masyarakat Mamak telah begitu blend dengan masyarakat Melayu dan kadangkala kita tidak dapat membezakan samada individu tersebut adalah Melayu ataupun Mamak. Mamak dahulu lebih dikenali sebagai peniaga nasi kandar, pembuat teh tarik atau apa-apa pekerjaan kelas rendah mahupun pertengahan. Tetapi kini bangsa Mamak telah maju ke hadapan dan menonjol terutamanya dalam bidang perniagaan seperti Habib Jewel, Mydin berbAdd Imageanding bangsa Melayu. Kini masyarakt ini lebih menonjol dalam bidang politik pula....korang rasa misteri ini boleh terungkai tak?