29 May 2009

Selawat Syifa'

28 May 2009

Bengkel

dah hampir sebulan tak update blog ni. bukannya malas atau tak ada masa, tapi aku kekeringan idea untuk menulis semula dan tak ada event yang menonjol sangat untuk diketengahkan. Untuk tidak mengecewakan my follower(banyak ker follower aku?). bulan mei terlalu banyak dugaan dan gangguan yang aku terima...memula masalah saluran air kotoran tersumbat kat tingkat bawah, memandangkan rumah pangsa aka apartment kat tingkat 1 dan tiada lagi servis maintenance, so air kotoran dari tingkat atas semua tersembur-sembur memancut kat singki dalam rumah aku....kirnyaa banjir dalam rumah tu.. sepanjang minggu aku berulang-alik ke sana membaikpulih mana yang patut. terbang budget yang aku simpan untuk repair rumah tu..belum abis masalah tu timbul pulak masalah lain...kereta aku mula meragam balik.

bergegar dan tiada pickup bila dipandu...2..3 pomen dah aku tanya..forum kenari dah aku semak...semuanya kata mounting problem. aku dah tanya kedai-kedai sparepart rega 3 mounting lebih kurang RM650(ni belum kira lagi upah pasang)..so untuk menguatkan fakta-fakta diaorang...aku ke pusat servis perodua, puchong. mamat kat perodua dengan muka sombong dan belagaknya confirm masalah yang sama...tapi yang sengalnya kena letak kereta barang 3 hari(harga sparepart lebih kurang RM900 dan upah RM300)...abis aku nak pergi kerja naik apa...rasanya mau rabak dompet aku bulan ni...

so aku nekad cari satu lagi pomen kat BBST...kalau masalah yang sama dan rega boleh tahan aku suruh je buat...dah tak tahan dengan gegaran yang semakin kuat dalam kereta dari hari ke sehari...dah macam kerusi osim pula.. Alhamdulillah, sekali dengar jer bunyi kereta aku...dia boleh cakap bukan mounting problem...siap bagi gerenti lagi ngan aku...rupanya masalah kabel yang bersambung ke salah satu sparkplug aku tak berfungsi...dia siap rekemen aku suruh buat tuning ngan bersihkan fuel injection kat kereta...pomen ni siap ajar aku sparkplug yang sesuai untuk kereta kenari..thanks sifu...dapat juga pelajarana tentang kereta dari seorang pomen...benda ni semua tak diajar kat sekolah...kos dalam RM200 aku kena...kiranya berbaloi lepas dia repair kereta aku...next time aku akan serah kereta aku untuk di servis oleh syarikat ni...banyak lagi gangguan rasa tak rela nak cerita ngan korang.

Baru-baru ini aku menghadiri satu bengkel yang agak interesting dan berbeza dengan bengkel/kursus sebelum ini. lari sedikit dari jurusan IT walaupun for the end product you need to use IT to make it better. yalah kamera dah canggih...tapi ilmu tak ada.. apa barang asyik guna butang auto jer. Korang lihat je hasil yang aku dah capture ngan sedikit retouch guna photoshop.

Tak terasa masa berlalu semasa menghadiri bengkel ini, aku dah lama baca tentang tenaga pengajar ni kat internet, tapi tak sangka boleh berjumpa empat mata masa kat bengkel ini. sorang lagi assistant dia salleh dari kukubesi.com(kalau tak silap aku ler). Didiz yang aku tahu dulu ada buat bisnes graphics design..tup..tup dah buka bisnes foto wedding pulak...tak sangka bini dia jadi model...yang aku terpegun...anak dia...ya la mungkin dah biasa kena flash kamera...macam tau-tau jer bila ada orang aim kat dia...terus diamkan diri...macam model lak gayanya...banyak shoot yang diambil ...lebih dari 500 keping...tapi untuk tatapan korang dua tiga keping rasanya memadai...kot.

isteri didiz merangkap model untuk bengkel hari tu

masih teruna?

pose jiwa kosong..betul ke kosong?

anak didiz turut menjadi model