23 April 2009

Reality Show


Dah beberapa minggu ini satu rancangan tv bercorak reality show yang memberikan keinsafan dan kesedaran buat aku. Berbanding banyak rancangan reality show yang lebih bercorak hiburan dan merugikan penonton dimana penonton dibodohkan untuk turut serta mengundi dengan mengeluarkan sejumlah duit poket sendiri untuk merasa kepuasan dan ada pula yang sanggup menitiskan airmata untuk rancangan itu. 

Apa yang menarik dalam rancangan ini, ianya lebih ke memberi semangat dan kesedaran kepada penonton untuk membuat transformasi diri...dari badan yang gemok gedempol ke tubuh yang ideal dan sihat. The Biggest Loser show kalau tak silap aku dah masuk siri yang ke 4 di Malaysia di usa dah ada slot untuk The biggest Loser Couple pulak. Buat masakini di siarkan di Astro saluran 702. Ni yang bagi aku semangat nak start balik transformasi diri aku ni...rasa dah terlebih overweight pulak...harap-harap dapat berkekalan semangat aku ini mentransformasikan diri aku. 

Nota OSX

1. Nak buang kext yang tersilap install (uninstall drivers)
#sudo -rm -rf /System/Library/Extensions/****.kext   (gantikan **** dengan nama kext)
#sudo touch /System/Library/Extensions/


2. Darwin boot terlampau laju sehingga tak sempat nak pilih pilihan boot (untuk dual/more boot)
buka terminal di dalam osx
#sudo -s
password:xxxx (masukkan password root anda)
#cd /Library/Preferences/SystemConfiguration/
pico com.apple.Boot.plist
-masukkan text dibawah di antara
Timeout
10  
-CTRL-x untuk exit pico
-Answer Y
- taip exit untuk keluar sudo
- taip exit untuk keluar terminal
- reboot untuk test

2. Boot dari 1 cpu (jika anda install dari varian yang tak support dual core)
buka terminal di dalam osx
#sudo -s
password:xxxx (masukkan password root anda)
#cd /Library/Preferences/SystemConfiguration/
pico com.apple.Boot.plist
-masukkan text dibawah di antara Kernel FlagsaKernel Flags
cpus=1
-CTRL-x untuk exit pico
-Answer Y
- taip exit untuk keluar sudo
- taip exit untuk keluar terminal
- reboot untuk test
**akan dikemaskini 

21 April 2009

Terapi mengubat hati yang luka

Adakah hati anda tidak tenang, jiwa kosong, jiwa berserabut, jiwa kacau(boleh kot masuk kategori ini) atau patah hati bila mengenangkan sering kekurangan wang.  Kita diajar untuk sembahyang, berdoa dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Kita juga diajar untuk agar berusaha dengan gigih. Tetapi banyak dari kita mencari jalan pintas bagi mengatasi semua masalah ini.

Ada berbagai terapi yang digunapakai oleh ahli-ahli psikologi bagi mengubati masalah ini. Kali ini aku ingin mengenalkan satu skim terapi yang boleh membantu. Untuk pengetahuan kauorang, ini bukannya skim MLM, swisscash,buluhmas atau skim pak man telo. Memang mana-mana skim perlu mengeluarkan modal tak kiralah samada skim cepat kayap atau skim yang baru aku nak perkenalkan ini.

Dengan bermodalkan RM10, kau orang boleh menerima hasil secepat-cepatnya sebulan dan selewat-lewatnya 3 bulan selepas memasuki skim ini bergantung apa pakej yang dipilih. Lagi banyak melabur, lagi banyak kita akan dapat hasilnya. Pokok pangkalnya sanggup berusaha dengan gigih. 

Pakej yang aku tawarkan tidak sama skim MLM/skim cepat kayap yang lain. mereka cuma memerlukan modal anda, goyang kaki tiap-tiap bulan dijanjikan pulangan lumayan dan ada pula yang gurantee sampai bila-bila...cam ni korang boleh terpedaya juga. Tapi skim aku amat berbeza...kau keluar modal kau usahakan kau dapat hasilnya...mana ada jalan pintas nak senang beb...kelangsungan ianya akan memberikan terapi dibawah sedar dapat mengubati hati dan jiwa yang tidak tenteram selama ini. Caranya cukup mudah, dengan berkebun di depan,tepi,belakang atau pun didalam rumah sahaja (ni kalau terlampau extreme ler). Tak perlukan modal yang besar, tiada sawah ber relung-relung luasnya sayup-sayup mata memandang. tak perlu guna saya punya memba...anda bergerak sendiri tanpa perlu memba-memba.

Dengan serendah RM10 kau orang dah boleh mulakan. Nisbah pecahan wang yang anda laburkan :
1. tanah hitam 2 kampit =RM3.00
2. polibag 5-6 keping =RM1.00
3.benih satu pek kecil =RM2.00 (masih boleh cut cost lagi kalau guna biji cili, biji betik, seraiatau halia atau apa-apa je yang ada kat dapur rumah anda)
4.baja taik ayam sekampit =RM4.00

Bukan susah sangat nak mulakan, kalau masih juga tak tahu, apa guna korang surfing internet tiap-tiap hari hanya asyik baca blog orang je, kalau beri komen tak per lah jugak,ni tidak cuma jadi silent visitor jer. Tak kan benda ni aku nak ajar juga...(mau naik darah tinggi ni). Korang gunalah google cari teknik nak tanam-menanam ni semuanya berlambak kat internet...dari tanam sayuran, membaja, ternak ikan, ternak kambing dan lembu...tak cukup blog ...korang boleh bersoal jawab kat macam-macam forum yang disediakan...jangan malu nak bertanya kat forum-forum sedemikian. Jangan jadi masyarakat "spoon feeding". Dari tadika, sekolah rendah, menengah...Kolej atau Universiti...korang dah terlampau lemak dengan budaya sedemikian.... jangan malas sangat...korang ingat dengan goyang kaki jer benih benih tu semua boleh tumbuh ker..kan aku dah bilang...korang tak kan dapat hasil hanya dengan goyang kaki jer...lain lah kalau lepas dah tanam...dah siram...dah baja...petang-petang boleh lah goyang-goyang kaki sambil tengok pokok korang membesar....

Bayangkan kalau korang ada modal lebih dari RM10, berbagai jenis tanaman yang korang boleh tanam. Aku dah cuba memang cukup berkesan...dan terjamin..percayalah;
1. Kurang tekanan di tempat kerja(aku asyik teringat pokok yang aku tanam,siram tiap hari, layu ker?,mati tak?, jadi  tak benih yang aku pindahkan ke batas? dan blaa-bla bla).
2. Badan agak segar berbanding dulu(walaupun aku kurang bersenam cam orang lain, tapi tiap petang aku bercangkul dan sekurang-kurangnya badan berpeluh setiap hari..ialah mana badan boleh tahan lebih 8 jam setiap hari duduk dalam aisbox(pejabat)...tu belum campur masa naik kereta ke pejabat(dah tentu buka aircond)..kalau naik motosikal..dah tentu-tentu dapat aircond free sepanjang perjalanan.). Walaupun pada kau orang apa le sangat bercangkul dan berpeluh...tak ke mana exercise tu....tapi dari sudut pandangan mata aku...ini satu shift-paradigm buat aku....
3. Hasil dari modal yang aku laburkan ( setakat hari ni tak lagi beli sayur, kangkung, sawi, cili dan bendir sudah mengeluarkan hasil dan dah merasa makan sayur yang aku tanam sendiri..dah tentu-tentu tak der racun berbagai...sayur yang dijual kat kedai lom tentu tak disembur racun...anyway batas jagung sudah mula berbunga...tunggu masa untuk berbuah pula. Belanja dapur dapat dijimatkan sedikit. 



4. Walaupun aku masih belum mampu nak renovate rumah macam jiran sebelah kiri dan kanan aku...tapi aku berbangga aku tak sia-siakan tanah yang ada disekeliling rumah, pada aku buat apa hanya tanam bunga-bungaan yang hanya dapat mencantikan rumah jer lebih elok aku tanam yang boleh bagi faedah kepada keluarga aku, dengan melihat semua tanaman mula berputik, membesar berbunga dan membuahkan hasil sudah cukup menyembuhkan hati-hati yang terluka secara dalaman.

Biar pi la apa dorang nak kat pasal aku,laman aku,rumah aku...yang penting hati aku puas...rumah aku suka hati aku lah nak tanam apa...

20 April 2009

Experimental Project - Projek Beban Otak (Dell Latitude D430)

Dengan ini projek experimental I- Projek Beban Otak (HP Compaq nx6330) terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, memandangkan notebook tersebut perlu di gunakan atas keperluan lain yang lebih penting. Tapi jangan risau...projek ini disambung kepada notebook yang masih available iaitu Dell Latitude D430. dah cuba instal guna ideneb version 1.4 (10.5.6) dengan driver yang perlu saja...aku menghadapi masalah bila reboot semula, skrin jadi blank(masalah untuk sudah sedia maklum oleh masyarakat hackintosh dan forum insanelymac.

So untuk meneruskan juga experiment ini, aku perlu:
1. cari dan download dulu torrent XxX_x86_10.5.6_Install_Disk_Universal
UPDATED 22/04/09: 
  - siap download dan proses pembakaran ke cd telah dilakukan malam semalam.
  - test install pagi ini. option yang digunapakai:
  - Ada orang berjaya install tapi guna Leo4All V3, masalah skrin blank pertama kali boot, biarkan led cakera liat berhenti, cabut cabel power tunggu lebih kurang 5-10 minit, gerakan mouse dan teruskan setup mac.- tak cuba lagi benda ni.

UPDATED 23/04/09:
  -reinstall semula dengan menggubah beberapa setting
  -kernel speedstep
  -boot (masalah skrin blank tiada - tambah clam
  -broadcom 57xx (ok - cari kext di insanelymac) - buat masa ini akses internet guna wired cable.
 - intel 3945  (x ok - setakat ni kalau guna brand ini memang tiada penyelesaian lagi hp compaq nx6330 menghadapi masalah yang sama. adakah perlu aku beli dan ganti untuk wireless connection?)
 - SD Card (belum test)
 - PCMCIA (belum test) - amat perlu untuk akses internet guna celcom broadband.
 - Sigmatel 9200 untuk audio(guna Dell laptop post-installer version 1.4 - kena buat 2x, tak tahu kenapa baru boleh jalan.
 -USB (ok)
 -touchpad - (untuk gerakan mouse ok, tapi kalau untuk klik belum berjaya)
 -bluetooth (belum test)
 - sleep & hibernate (masih ada masalah nak bangunkan semula)
 - keseluruhan : osx dapat di install, internet guna cable, usb & cd jalan, graphic ok, cuma ada sedikit lag semasa menaip dan genie effect tak berapa smooth. 
UPDATED 24/04/2009:
- ubah com.apple.Boot.plist untuk memilih samada nak boot XP atau OSX

PERISIAN LAIN YANG DIPASANG
-iwork'08 (ok)
-Microsoft Office 2008 (ok)
-FCP 2 (tak dapat nak instal - memerlukan 51.2 GB)-maaybe next time
-caffeine (Don't let your mac fall asleep) - nak settle sementara masalah D430 tidur yang x boleh bangkit semula.

PILIHAN SETUP:
- guna iso XxX 10.5.6 Universal ...
1. untick X11
2. Buang translation languange (aku tak perlu)
3. kernel guna speedstep
4. PCEFIv9
5. tools pilih semua
6. IHCI chipse driver (5,6,7,8,9,10)
7. GMA950FrameBuffer
8. Natit for GMA
9. clamshell
10. Sigmatel 9200 (tak guna dari cd installer, guna Dell Laptop Post-installer version 1.4 (install 2x).


case still not closed and the entry still open. so bersabar untuk entri ini

Experimental Project - Projek Beban Otak (HP Compaq nx6330)

Dua minggu ni aku sibuk dengan projek baru untuk mengalihkan fikiran dari fikir pasal pertukaran aku. Aku namakan "projek beban otak". ya lah bila dah kepala terbeban ngan projek ni mana nak aku terfikir sangat benda-bend lain. Walaupun ada orang kata projek tak de impak la, buat letih nak pikir la, tidak cost effective dan bermacam-macam yang orang komen semasa aku nak mulakan projek ni , tapi peduli apa aku...yang penting projek ni buat aku terhibur dan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu para blogger kat luar sana berkongsi info tentang projek aku ini.

Idea ini tercetus, bila aku teroberdose membaca forum-forum pasal MPV (exora dan chery easter). walaupun aku masih tak mampu nak membeli MPV, tapi dari pembacaan aku banyak orang malaysia suka ubahsuai kenderaan yang mereka beli. contoh yang paling ketara samada menukar sportrim atau menukar logo/emblem kenderaan tersebut. So sambil surf blog dan forum mencari info baru pasal kenderaan ni, aku terjebak ke satu laman web mymac4all . Laman dan info yang mencuit minda aku. Tak sangka ada juga orang malaysia dah mula dengan benda ini walaupun mengenakan kos sebanyak RM39 (bagi yang tak suka tunggu/download lama-lama). Aku dah lama tidak  mengikuti perkembangan OSx86, bila aku semak balik OSx86Project banyak perubahan sudah berlaku dari segi cara pemasangan dan driver yang semakin banyak disokong, lebih-lebih lagi banyak netbook telah disokong. Banyak pengguna yang telah berjaya memasang tanpa menghadapi banyak masalah.

Oh ya...korang jangan konfius pula, ni aku bukan cerita pasal kereta MPV lagi, ni pasal Sistem Pengoperasian MAC OSX yang boleh dipasang kat komputer selain dari komputer Apple, seperti Dell, HP, Acer dsb. Untuk tujuan experimental kali ini aku cuba menggunakan HP Compaq nx6330 notebook. Walaupun aku tak dapat cari info notebook ini yang telah berjaya di pasang oleh orang lain, tapi aku nekad dan hasilnya amat memberansangkan, cuma ada beberapa yang masih tersangkut. Sebelum terjun untuk memasang benda alah ini, beberapa perkara perlu diambil kira terlebih dahulu, janganlah pula korang terjun macam pak pandir. Ada orang cakap benda ni bukan untuk orang yang putus asa, aku nak tambah sikit ianya juga bukan untuk orang yang malas membaca:

1. Ambil dahulu specifikasi notebook korang. 
2. Download versi osx86/hackintosh ikut kesesuai. aku pakai ideneb V1.4 (jangan tanya aku kat mana nak dapat)
3. Install (yang ni korang kena banyak membaca la)
4. reboot dan lihat siapa yang kena!!

Aku letak semua ni bukan hendak menunjuk, ianya untuk sapa yang berminat dan untuk diri aku sendiri (aku mudah lupa, dan nota aku kerap berterabur di merata tempat). So any update akan aku buat kat entri ini.)

Setup yang dipilih:
Audio - Analog Devices-AD1981HD
chipset-ICHx Fixed
network - (tiada driver yang sesuai)
Fix - Battery Manager
Application  - (EFIStudio, kext Helper, OSx86Tools, Pacifist,xbench)

HARDWARE mana yang ok dan tak?:
a.) notebook HP Compaq nx6330 (cuma single processor jalan : kena ubah kat BIOS, kalau x kernel panic)
1. ATI Mobility TM Radeon X1300 ( Walaupun tak boleh set, tapi OSX hidup)
-vendor & Device ID : 14e4 & 16fd

2. Intel Pro/Wireless 3945ABG ( x jalan, still searching cara nak overcome)
3. Broadcom Netlink gigabyte Ethernet PCI ( x jalan, dah cuba dari orakanggo - kernel panic:status masih mencari..)
4. Audio AD1981HD ( cuba install driver yang disediakan dalam cd, x jalan)
- UPDATED 19/04/2009: dah jumpa cara nak buat , sekarang dah boleh dengar lagu.
- download modified AppleAzaliaAudio.kext dan install
- repair permission
- open terminal
#sudo chmod -R 755 /System/Library/Extensions/AppleAzaliaAudio.kext
#sudo chmod - R root:wheel /System/Library/Extensions/AppleAzaliaAudio.kext
- delete AppleHDA.kext (sekiranya ada)
- reboot

5. USB dan CDROM (ok, jalan lancar)
6. PCMCIA /PC CARD (x test lagi, rasa tak ok, pasal kat system preference x detect)

Installation perisian lain:
1. Microsoft Office 2008 ( berjaya install & guna)
2. iWork '08 (berjaya install &guna lom test)


ini buktinya!