28 March 2009

Dinner with sembangkongkang teams

Aku amat berbesar hati menjemput team sembangkongkang menjamu selera. Balik dari sabah, terus rancang nak buat sedikit jamuan perhargaan kepada apis,amin &ngibung, pasal banyak membantu aku masa pindah rumah hujung tahun lepas. Pada mulanya nak ajak makan laksa sarawak je...tetapi atas permintaan, aku buat jugak sedikit juadah BBQ, dengan harapan mereka dan semua geng journal ni datang. walaupun tidak semua dapat hadir, Alhamdulillah beberapa kerat blogger sudi hadir... apis ko memang loklak...semua datang cuma ko sorang je tak datang.


masa makan pun sempat sms lagi

tu baru betul makan, tak tengok kiri kanan

aik masih sms lagi ke rashid?, bila nak start makan ni!

kusyuk menikmati laksa sarawak?,aik masih sms lagi

campur ingredian jangan salah campur sayur ngan mayonis tu!

okay, sambung lak BBQ kat depan rumah, mana apis ni?

apa ko cerita tu rashid?

ahh, baru nak start makan, yani...mulut tengah penuh

ada gaya, tokey kedai satay ler...nak panggang apa lepas ni?...mana apis ni?

23 March 2009

Hari Satu ba

"Ladies and gentleman, we will be landing shortly, please put your seat up right, fasten your seat belt & return your chairtable to its original position, thank you.”..Announcement tadi membuat aku terjaga dari lena.  Ni kira melepaskan hajat ngibung   hendak ke negeri di bawah bayu.  Banyak perubahan aku perhatikan semenjak jejakkan kaki di  airpot KK. Airportnya semakin besar dan tampak moden.  2 tingkat yang memisahkan arrival dan departure hall. Nampak lebih selesa dari 7 tahun dahulu, dimana kali terakhir aku ke sini.

 Karamunsing, banyak menyimpan kenangan.
“Tang Dynasty Hotel”, arah ku kepada pemandu, sepanjang perjalanan zul masih mamai, mungkin masih dalam comfort zone selepas diberikan perlepasan cuti yang panjang tempohari. Sesampai di hotel kami guling-guling atas katil dahulu, sambil menunggu cuaca menjadi redup sedikit sebelum sesi ronda-roda berjalan kaki sekitar bandaraya KK bermula.
Sekitar pukul 5.00 petang kami, sesi ronda pusing bandar bermula. Tempat persinggahan pertama adalah Wisma Dang Bandang, kenangan lama mula bermain-main dalam kepala, disini banyak pengalaman yang aku perolehi, aku pernah berkhidmat di sini selama hampir 2 tahun. Kerap kali terpaksa berlari menaiki tangga sehingga ke tingkat 5. Ya “BERLARI MENAIKI TANGGA!” jangan terkejut, dulu body dan stamina tak ler macam sekarang, negeri ini dulu selalu berlaku power failure dan water shortages.

Tingkat 4,5,6 wisma dang bandang
Sebelum zul bertambah boring, aku teruskan sesi ala-ala tour guide  ini ke pasar Filipina. Pasar ini biasanya dikunjungi pelancong dan rakyat negeri ini untuk mendapatkan ole-ole untuk dibawa pulang. Banyak perubahan berlaku di kawasan pasar Filipina, kawasanya agak bersih berbanding dahulu. Tiada lagi pasar ikan dibelakang pasar Filipina, ianya telah diganti dengan deretan gerai-gerai makanan laut untuk para tetamu  menjamu selera. Tak nampak budak-budak filipino mengeremun pembeli menjual plastik beg(macam lalat mengerumun taik)...tak nampak bungkah-bungkah ikan tongkol dijual, bagai bata bata...tak de peluang nak tunjuk kat ngibung.
gerai pelancong & air setan, pembangunan untuk sapa ni?

gerai menjamu selera. doublestandard?

Dahulu tempat ini penuh dengan warga asing terutamanya dari Filipina. Tetapi sekarang kehadiran mereka tidak begitu dirasakan, walaupun mereka ada berkeliaran, tidak ada lagi orang berjualan rokok seludup dari Labuan, tiada lagi budak-budak menjual bahai (plastic  bag) untuk pengunjung yang membeli ikan, tiada lagi aku nampak kanak-kanak menyediakan servis mengilap kasut di restoran berdekatan. Pendek kata, banyak yang telah berubah di sini. Tetapi yang masih kekal mesin-mesin jahit di pintu-pintu masuk pasar Filipina. Aku pun tak tahu kenapa tempat ini dipanggil pasar Filipina, mungkin dulu tempat ini memang penuh dengan warga Filipina mencari rezeki, kiranya macam pasar chowkit dengan warga asing.
Kami cuma window shopping untuk survey harga, maklumlah hari gaji lagi 2 hari lagi. Barang-barang disini agak mahal berbanding dahulu. Dari sana kami menuju pulang ke hotel. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, tetapi macam dah nak malam dah, lupa pula, pertukaran waktu berbeza hampir sejam dari semenanjung. Aku agak keletihan kali ini, memandangkan membawa bebanan beg, kamera dan badan sendiri yang telah terbukti berat.
Sebelah malam seperti biasa kami membuat ice breaking dengan guru-guru dah sabah dan Sarawak. Dengan pengurus projek yang sesedap rasa, aku seperti juga di Kuala Terengganu, paksa dalam rela membuat opening dan closing bagi sesi bengkel kali ini.
Zul seperti biasa dengan darah gemuruh dan gagapnya. Susah aku nak ajar budak sorang, dah puas aku nasihatkan, nasib mulut aku tak jenis berbuih macam setengah pemimpin masa bercakap, kalau tak boleh gak guna bahasa “dah berbuih mulut aku kasi nasihat”. ZUL, kalau engkau baca entri kali ini, jangan pula terasa hati dan mengadu sampai  orang kat negeri kangaroo tau.


joomla bermula


first time, gambar semua peserta, nasib aku mbak kamera

Projek Manager dah muncul

cikgu shamsul, seriusnya..cikgu anis kusyuk..lain ermm..paham ke dorang ni?


Minum air kelapa sat!

amplang!!udang!!,keropok ikan!!mari!! 2 singit..2singit

ngibung tengah mabuk shopping

aku dan mesin jahit?

Hari-hari berikut, macam biasa je tak de yang istimewa, melayan masalah guru-guru mendalami ilmu joomla ni.  Kali ini kami tidak berkesempatan untuk menjelajah sampai ke kaki gunung kinabalu, apatah lagi nak ke poring, yang paling dekat ke gunung emas pun tak mampu, mungkin lain kali dengan adanya kenderaan, mungkin kami boleh jelajahi tempat-tempat itu, mungkin boleh sampai ke pulau sipadan, kalau di izinkan Allah.
seronok bersembang cikgu zaaba... cikgu bong ngan aku ternganga dibuatnya.
Kemalangan or KONSPIRASI?, ramai yang tak tahu pasal tugu ni, zul dah tentu x tahu. ni aku 
bagi link, rajin-rajin le membaca cerita tugu double6 ni di sembulan

Memang banyak perubahan berlaku, terutamanya kedai makan dah lebih banyak pilihan, tak seperti dulu asik-asik makan kedai kaling (mamak), ja.


dah macam orang filipino pulak

di depan pasar ikan, bukannya tengah marah...tengah panas menahan terik matahari

cikgu soffian tengah pilih menu minum petang

cikgu anis(kk), cikgu nor(matang) dan cikgu siti (shoaw)

ngibung,cikgu zaaba,cikgu anis. thanks cikgu anis pinjamkan kami projector.

I pray that Almighty Allah, will give me the strength that I’m mostly needed to  get through all this episode, in my journey, amin.


tengok jam & speck baru aku! ko ingat aku tak de ke?

22 March 2009

openhouse rumah pengantin baru

Entri ini untuk tatapan  family kat kuching rumah ee, openhouse kat rumat ee, kami dijamu laksa penang & rendang. Wah nampaknya dah pandai buat rendang, tahun tok boleh la molanya tuk raya tahun tek.



masa, kawan ee lom datang, so apa lagi makannn.


Nora, sedang sibuk di dapur,bersama cik puan kita

sambil makan, sambil snap


wajah cuak dari tuai rumah cukup tak lauk??

hero aku, menyelit nak bergambar gak

deretan rumah bersebelahan, rumah ee (test snap)

rumah dari sisi

rumah dari depan

snap dari ruang depan

17 March 2009

Streamyx Sucks Big time !!!

From the day I'm  coming back from KT, streamyx at my house going crazy slow, and most of the time i can't connect to the net.  I am really pist off right now...CELCOM Broadband comes handy especially for surfing ...but i need to download something from rapidshare(stupid celcom cannot download from torren / rapidshare)...how about download it's from the office?? please lah...we're totally being blocked to access such sites, even youtube, friendster also being blocked, hey what the heck I'm going to the office while taken my leaves.

tonite 17-03-2009  speed: 3kbps download/12kbps upload... sucks!!!


I paid  RM 88 every month (1mb package) and  i don't expect this kind of services from them, furthermore can i get any rebate for this suck services?? tell me!!

10 March 2009

nganu kite!


Hari ini bersiaran dari Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu pula. Masa check in tak sangka dapat bilik suite, begitu teruja masa ambil kunci kat lobby, tak pernah seumur hidup dapat duduk bilik macam ini. Tapi bila membuka bilik tu hampeh..kira so-so le bilik ni, tapi yang penting dapat menginap free kat situ.

Hotel YT, Midtown,Kuala Trengganu.

Bilik Suite dgn 2 tv dan 2 set ruang tamu, biasa-biasa je

Jejak je kaki kat airport KT, terus call driver tak berbayar ku...tup-tup dia dah muncul kat pintu arrival hall. sungguh impressive sungguh budak ganu ni. "Bos,kita pi makan atau check in dulu?",tanya zul . "Kita makan dulu la", katanya lagi...belum sempat aku jawab dah bagi suggestion. "ok", jawab aku, "Apa kata kita pi kedai ICT?", tanya zul lagi...ermm banyak persoalan timbul di fikiran aku "ape hal ajak aku pi kedai ICT lak ni, tadi ajak aku pi makan dan jalan-jalan, aku rasa kat lowyat lagi gempak dari KT, apa hebatnya kedai ICT kat KT ni?". Terkejut bila zul memberhentikan myvi hitamnya yang senget bumpernya di tepi pantai dan disebuat kedai usang. Aku perhatikan signboard kedai tu "ICT Haji Pok Long (seafood)" . "Apa hal kedai ICT jual seafood ni zul?" tanya aku. zul kasitau kat KT memang banyak gerai ICT, wah terror juga orang KT ni kira ICT literate. Tapi pelik juga  apa ke hal gerai ICT jual seafood. "Ni bukan kedai jual komputer bos...ni kedai Ikan Celop Tepong(ICT) le bos", jawab zul . Kreatif gak orang Terengganu ni. Dulu masa aku kat Sarawak dorang guna  istilah UITM (“Usahawan Ikan Terubok Masin”). Macam-macam lagi istilah lain tak kuasa aku nak cherita kat sini.


Gerai ICT yang kami singgah
'
Makan ikan pari ngan sotong celop, teringat masa irawati belanja "ICT" dulu


my student yang blurr gitu


Shot dari "bilik suite"


Supir ku yang jiwang karat

Tengahari di pantai berdekat primula hotel, ramai gak org ganu bersantai
Cherita kat KT akan bersambung esok kalau aku ada masa nanti,ni pun baru abis bengkel Joomla ngan cikgu cikgi kat bumbung hotel ni.


Rupanya kropok mengambil nama kampung ni


Kali ni beli kropok kat kedai ni pulak
A lot of thing happen from  the last aku update blog ni. Semalam pun aku beria-ia mengubah template blogspot ni. Idea nak kemaskini design ni dah lama dok terfikir, tapi baru semalam aku paksa diri mengupdate sampai kol 2 pagi. Surf sana sini cari template yang bersesuaian…so setakat ni aku rasa berkenan pula ngan design ni. So selagi aku tak bertukar fikiran aku guna ler design ni.
Permohonan aku masih terawang-awang, tak tahu kat mana sekarang. Dah malas nak tanya, naik feed up pula, mohon bulan November 2008, sampai la ni belum keluar lagi dari opis ke BSM, tu belum kira nak sampai JPA. Hei betul-betul TERTEKAN rasanya mengenangkan surat aku ini.
Kalau blog Sembangkongkang berbangga dengan entri CUT COST mereka, aku ada juga. Dapat juga cut cost tahun ni. Tak sangka dapat  baju raya, samping songket ngan songkok  free, walaupun warna baju tu oren, peduli apa yang penting FREE. Tentu ada yang fikir, mana ada orang nak kasi benda free??, ye lah, kena ler buat kerja dulu, cuma berarak jer dari masjid Negara ke dataran merdeka je…bukannya jauh sangat.  Aku teruja bukan pasal baju tu sangat, tapi sebenarnya nak ambil peluang belajar jadi paparazzi, dapat gak amik gambar DYMM Agong secara dekat, bangga sangat rasanya, selalunya  tengok kat TV jer photographer berebut-rebut nak cari shot yang baik, tapi hari tu aku join sekaki berebut sama ngan dorang sempena majlis maulidur rasul.


Memandangkan jadi jurufoto, takde le gambar...tapi baju & samping cam 2 jiwa kacau ni ler.
Demam pi panggung tengok cherita “GENG Pengembaraan bermula…” dari lescopaque dari reda, collection mencecah RM5 Juta. Nak juga aku komen cherita ni, animation & grafik bagus ler memandangkan this is the first 3D animation movie dari Malaysia, jalan cherita banyak tiru dari cherita 3D luar, tapi kira ok ler. For the first 10-15 minutes, boring sikit because most of the them dah samada dah keluar kat TV atau kat laman web mereka. Part aku boring sangat part lagu tu, panjang sangat and dah keluar berapa kali kat TV. As conclusion, i expect more, but compare budget yang dorang keluarkan and  company oversea, kira aku tetap respect ngan dorang ni. Nampak juga output mereka, kalau nak banding dulu ada satu syarikat nak keluarkan “Saladin”, sampai la ni  habuk pun tarak.
Penat aku taip, kira dah banyak aku tulis hari ini, tak termasuk aku bercakap malam tadi, so stop bersiaran  duluk, kamek nak sambung layan “Kasanova XXXL”.


"Berkibar dan Berdiri megah"