Pagi kami dibawa ke kedutaan Malaysia...selepas sesi ucapan kedua belah pihak...ada lak jamuan ringan disediakan....walaupun tak seberapa hidangan....masing-masing begitu teruja meghabiskan juadah yang disediakan...maklumlah ada yang tak breakfast kat hotel pagi tadi....aku tak le sempat nak snap gambar waktu kami menjamu selera sambil bertukar-tukar pandangan dengan kakitangan kuedutaan...sibuk....memenuhkan perutku yang berkeroncong....mungkin official fotographer kami ada ler amik...
Penghulu En Lah... memulakan bicara
orang KLN tentu kenal sapa dia ni?no need to be introduce
kemudian di bawa ke Gyeongbok Palace...apa lagi dorang pantang je jumpa tempat..snap sana snap snap sini...maklumlah kamera digital...bagi yang guna kamera pakai film...so sori...kena berjimatlah...kang tak jumpa kedai nak beli film.....
Lama tunggu ni!...mana yang lain...masih lom puas berjalan dalam istana kat belakang tu..ishh
Semua tak sabar nak bergambar ngan penjaga pintu istana ni
Aku bergambar bersama urusetia korea...dan jurufoto rasmi group kami
dan makan tengahari berdekatan masjid yang kami ziarahi semalam. Kali ini makan Indian food...semua makan dengan berselera...masakan kari dan nasi....sambil teringat masakan malaysia...
Penghulu merakam kenangan kat depan kedai makan halal...berdepan ngan Masjid Seoul
selesai makan kami dibawa ke Incheon International Airport....dan kami bersalaman dan bergambar untuk kali terakhir bersama urusetia korea....agak sedih gak...dah penghujung ni....so itulah perjalanan aku selama 10 hari di korea ni...hingga jumpa lagi...Kalau ada sumur di ladang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kami berjumpa lagi,
gam-sa-ham-ni-da
an-nyeong-hi ga-se-yo