15 August 2008

Jasa seorang Drebar

Hari ini merupakan hari terakhir, yob (Wan Zulkifli bin Din) di pejabat....kalau yob seorang yang berpangkat...akan ada urusetia bermesyuarat...akan ada buku program...akan ada rehersal...mungkin juga akan ada video presentation di buat khusus untuk yob....tapi yob insan biasa jer...last minutes baru tau ada majlis tuk yob...kiranya majlis bidan terjun ni.....tapi pada aku tugas yob amat bermakna buat semua....tanpa yob....mungkin trip ke Kelantan dan Terengganu tidak akan berjaya....mungkin sampai sekarang aku tak tahu jalan darat ke sana...tanpa yob...mungkin banyak program mengangkut staf ke majlis-majlis tergendala.

Aku ucapkan tahniah dan terima kasih bebanyak kepada yob....kat tempat baru di Sekolah Menengah Teknik Slim River nanti jangan lupa pulak kita orang kat sini...jangan le tukar no hp....walaupun ko dah tak der ...aku tetap ingat jasa-jasa kau pada aku masa kita sama-sama berkhidmat di sini....mungkin aku agak emosi sikit pasal ni...kerana arwah bapa aku juga bekas seorang drebar.

11 August 2008

Renovation - Part 2


Hampir seminggu menunggu, reschedule appointment beberapa kali ..finally tertempek juga grill ni...so di sebabkan tak benda nak buat...sambil mamat pakistan 2 orang ni dok sibuk pasang grill...aku buat sessi interview...rupanya, mereka ni adik beradik yang datang ke sini nak kompol duit...2 tahun lagi balik nogeri nak buat business...dorang cuma amik coti pada hari raya je..dek nak kompol duit nak bawak balik Islamabad....yang bertopi tu..adik dia...agak pendiam....tapi semenjak aku jadi amik ngan syarikat BBW ni...aku dah kenal si abang dia(yang berdiri kat tangga tu)....dari mula...ukur, design pasang semua tokey dia rujuk dia...kalau dia ni mati...mau terkedu juga si tokey wazuri ni...sampai nama kedai pun dia suggest kat tokey dia...setakat ni aku puas hati amik ngan syarikat ni...kira boleh kowtim...ada beberapa waiting list project yang masih lom terlaksana...walau pun aku sedar sebenornya dah terover budget...


DIY project untuk minggu ni di tunda sementara...aku nak pi jenguk MAHA 2008 kejap...tapi tak tau bila nak pi...last MAHA 2006...bagai nak tercabut kaki aku menahan kesakitan berjalan kaki, kerana tramp yang sentiasa penuh di setiap perhentian...hopefully event kali ini...harap mereka dah buat post mortem, kesilapan 2006...dan tahun ini harap-harap ler masalah tramp telah diatasi. mana tau ada benda yang menarik yang boleh di adaptasi kat rumah aku kelak...tapi yang pasti aku tak leh letak janapari-janapari kat belakang rumah tu.

08 August 2008

08.08.08


Hari ini pada pukul 08:08:08 malam, Sukan Olimpik Beijing akan berlangsung di Stadium "Sarang Burung". Teringat semasa pi sana tahun 2006, stadium tu masih lagi dalam pembinaan, nanti bila ada masa aku tampalkan gambar aku ambil kat salah satu billboard dan bebola gergasi semasa aku di sana. Dalam banyak-banyak cherita pasal logo Beijing 2008, ada satu versi bagaimana terciptanya logo tersebut untuk dikongsi bersama: