24 January 2008

My protege Art

A collection of my protege art...this is just a test what he is capable of. How a child can describe what they seen and transform it in a form of a drawing. Look how he describe me in below picture...montoknya
wajah kita
He love to draw a cat...this on of many images of a cat done by him.
kuching idaman

Pavement Drawing

pavement-drawWow...menakjubkan...lukisan macam ada unsur 3D...marvelous ...bilalah kat Malaysia boleh jumpa pelukis macam ni...yang ada...graffiti drawing je...bebudak lukis kat tembok...dengan wording yang tah apa-apa...mamat ni dah melukis hampir 10 tahun...tu kata dalam website dia le..so kalau nak tahu lebih lanjut lawatile website dia.

23 January 2008

Tmnet SpeedTest

Bukannya aku nak menyokong TMnet, walaupun banyak yang aku dengar dan aku baca kat forum tentang how suck the services ....fikiran berbelah bahagi samada nak melanggan atau pun tidak...tapi nowadays internet...bukannya satu benda yang luxury ...ianya lebih kepada necessity semasa...mulanya nak je langgan dari lain company yang provide wireless connection...tapi nak kena beli additional modem pulak....some more burden to the consumer...kat Malaysia ni...banyak benda tak memihak kepada pengguna...so anyhow...TMNet should improve the services quality....before all of their customer lari...tapi nak lari ke mana?...pusing-pusing jumpa muka tu jugak...nanti jadi terpaksa dalam rela...

tmnet result
aku dah buat beberapa test sepanjang tiga bulan, hasilnya lebih kurang sama je...agak baik untuk perkhidmatan Streamyx 1.0Mb RM88 yang aku langgan...untuk area Putra Perdana, Puchong...... ada aku dengar servis kat sini okay pasal dorang pakai exchange cyberjaya...tak pastilah pasal bab ni... disebabkan aku bukannya mahir sangat pasal networking... Apa yang aku harapkan bila aku pindah nanti kat BBST, services yang sama atau setara kat tempat aku menginap sekarang ni...

Nostalgia - Old House

rumah-lama

Rumah lama sebelum bertukar ke rumah baru...masih mengekalkan konsep yang sama separuh batu separuh papan...masa kecik dulu rasa luas rumah ni...tapi kini cam sempit je...nak tau mana satu aku?

22 January 2008

Nostalgia - ITM Shah Alam

Budak-budak sekarang yang study kat UiTM tak akan jumpa Sign batu macam kat gambar tu...sekarang muka depan UiTM Shah Alam pun dah berubah tempat....kedudukan asal betul-betul depan roundabout sebelah Asrama Jati...sekarang depa dah anjakkan ke depan. Dulu masa zaman aku ianya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara...masa belajar kat ITM... tak de fakulti cam sekarang ni...kami belajar kat "sekolah" iaitu..school of Computer Science & Mathematics...dulu school ni kat menara...sekarang dah ada fakulti sendiri..agak jauh dari menara.. Berbalik pada gambar ni adalah kenangan gambar aku ngan arwah abah ambil diploma masa amik DCS(batch 86-89)...masa tu cuma kak long, emak dan arwah abah pi tengok aku amik diploma ni..kitorang naik bas dari kampung sampai puduraya, kemudian berjalan kaki ke bas stand klang ke ITM..tak le senang cam sekarang boleh bawak kereta.....dari gambar tu sekarang genetik abah aku dah meresap kat tubuh aku ni...

Photobucket

19 January 2008

Bon Appétit

Enjoying tonight, while watching afc (Asian Food Channel - channel 713), i 've been served with black kluang Station coffee, hot dogs, kaya toasted bread and without half boiled egg wallah..Bon Appétit
menu tonight

Dulu aku punye kecik, tapi sekarang dah bosar!

Dulu semuanye kecik-kecik je. Takde pun terpikir nak yang besar-besar. Aku pun tak tahu. Maybe masa tu tak popular sangat kot saiz yang besar-besar ni. Entah la… Tapi ada orang kata, lagi besar, lagi best.
Aku punya dulu kecik je. Takde pun nak besar-besar ni. Nak buat apa kan kalau besar-besar? Walaupun member-member aku punye besar, tapi dorang pun tak tahu nak buat apa sangat ngan saiz yang besar tu. Last-last, terbiar je macam tu. Lebih baik saiz kecik je kan, macam aku punye?
Tapi setelah beberapa tahun aku punye asyik kecik je, so hari ni aku tekad dan telah mempunyai saiz yang besar. Giler punye besar berbanding dengan aku punye sebelum ni. Entah berapa kali lipat aku pun tak tahu. Aku ingat nak yang besar lagi, tapi tak dapat la pulak.
Lagipun, member aku ada cakap, lagi besar, lagi tak elok. Hurm…betul gak cakap dia. Aku setuju dengan pendapat die tu. So aku pun pilih la yang kedua terbesar. Baru puas kalau kita punya besar kan…
Tapi…apa yang kecik, besar tu?...apa ko ingat...emmmm....jangan pikir benda lain... aku cherita pasal pendrive la...jangan ingat lain..

Blood...blooded & not funny!

16 January 2008

Ready, Roll VT and Action! - Siri 2

produk sulung
Tadda...produk pertama yang dihasilkan dengan pelbagai bantuan dari semua "unsung heroes"ku kat depan dan di belakang opis. Berbanyak terimakasih dengan kerjasama yang diberikan...walaupun jiwa ku menjerit-jerit dan badan aku sakit-sakit sebab kurang tidur... projek ini tatap perlu disiapkan juga "by hook or by crook"

.....terimakasih datuk & datin...kerana memberikan kerjasama...tak lupa juga hidangan lazat yang dihidangkan...semasa kunjungan kami menziarahi teratakmu....Allah sahaja dapat membalasnya..walapun sebilangan gambar-gambar perlu di tapis semula...tetapi....sedikit sebanyak aku rasa lebih mengenali keluarga datuk & datin dengan lebih dekat dan mesra... perkataan yang aku tulis kat hadiah signature frame tu...aku tiru dari gambar kat bawah ni...maknanya besar harapan aku agar datok akan mendapat nasib yang lebih baik, kemewahan bertambah, kesihatan yang baik dan kegembiraan bersama keluarga dalam meniti hari-hari selepas bersara nanti.
Photobucket

....terimakasih kepada cc peteri....walaupun berat hatimu nak pi, dek gelagat ngibung(zul)....kau gagahkan juga kakimu setelah puas aku pujuk.....aku tau bila kita meningkat dewasa atau lebih betul meningkat tua...kita kerap kali mudah terasa dan terusik...dik kata-kata orang di sekeliling....walaupun sebenarnya tiada niat di hati orang tersebut...

...terimakasih kepada bro (khairul rijal)...walaupun kau seorang lone-ranger di opis....kau sanggup pinjamkan suaramu untuk menjadi suara latar untuk projek pertama ku....di sebalik ramai yang hampir tak mengenali suara itu dan ada yang hendak menukar suaramu disebabkan "it's common to use women voice"...dey..kawan berubah lah sikit....bukannya aku anti pompuan...kekadang kita perlu menyuntik sedikit perubahan untuk memberi sedikit makna yang berbeza...susah jugak nak bawa pembaharuan dalam opis ni......aku tetap mempertahankannya...kerana aku rasa suara kau...bro...memang ada nilai komersial...cuma kau perlu gilapkan lagi...percayalah....jarang instinct aku silap....

...terimakasih ustaz shamsul, dengan input bernas...tentang lagu kawin tu...walaupun penat aku dibuatnya nak cari lagu "Direnjis-renjis di Pilis" tu...tapi ianya agak berbaloi...sementara idea lambaian terakhir dari semua staff dan dari bilik Dato....lagi menampakkan jalan cerita yang tangkap syahdu.

...terimakasih irawati...kau merupakan cikgu yang sporting bekerja di opis ni...maklumlah...dulu-dulu aku seorang pelajar tak biasa borak ngan cikgu...so cara approach kot tak sama cam sekarang ni...kau banyak memberikan moral support...bila diperlukan..SAHABAT yang boleh dibawa ke tengah dan ke tepi...tanpa sample skrip dan pantun jawa pembuka dan penutup tu...ianya tak jadi umpphh.

...terimakasih matbunga(hafiz) kerana bantuan menyediakan DVD sticker & glossy paper untuk cetak kat cover DVD box....walaupun kekadang aku tension bila minta tolong dari kau...tapi sekurang-kurangnya ko ada contribute something dalam projek ni...kalau tak de bantuan ko...tentu projek ni tanpa cover...seperti projek Ustaz Mat Ali dulu. Kita banyak belajar dari kesilapan terdahulu.

...terimakasih bebanyak nyibung(zul) & ijan, semasa aku sibuk...korang banyak membantu tak kira samada ada kaitan ngan projek ni(terutamanya design untuk kulit cover dvd kat atas tu)...atau tak...korang banyak memahami aku....walaupun korang tak tau....aku cam nak mereng siapkan projek ni...buat ngibung...walaupun video yang diambil bertaraf amatur...aku tetap bangga ngan kerja kau...lain kali kita pi belajar cara pro amik gambar.

terimakasih semuanya...merci beaucoup everbody

09 January 2008

Saya hidup untuk mendidik

Saya tertarik dengan beberapa perenggan dari blog seseorang:


"...Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah"



"Biar pun profesyen saya bukan sebagai seorang guru, tetapi sebahagian maksud hidup saya adalah untuk membentuk dan mendidik manusia… biar pun terpaksa ‘meracun’ minda mereka. "


Keputusan dengan flying colors tidak semestinya menjanjikan sesuatu yang indah di masa hadapan....kerapkali orang yang tidak berjaya di alam persekolahan menjadi orang yang lebih berjaya dalam hidup mahupun kerjaya...banyak contoh berlaku di luar sana...

07 January 2008

Life begin @40

emmmm.....Masa dulu ada beli tablet pen untuk buat thesis...habis saja thesis, pen tu terbiar dalam kotak di stor..terlupa nak pisahkan bateri dari pen itu...menyebabkan bateri di dlam pen tersebut melting dan merosakkan parts dalam pen...aku pun masa tu tak berapa nak melukis asyik sibuk belajar 3D....so aku bawa pen tu ke opis lama dan pass pada somebody, mana tau dia boleh repair dan recycle semua pen tablet.

Photobucket
Awal tahun 2007 aku beli satu lagi pen tablet brand Genius G-Pen 4500...harga tak le mahal macam yang dulu. Kalau ikutkan nafsu...nak je sambar Wacom...tapi tak cukup budget...so aku pakai pen ni....pen ini hampir senasib dengan pen dahulu...dah lama juga terbiar...memandangkan esok is my holiday...so why not aku spent sometime lembutkan semula jari jemari ini dengan melukis gambar dibawah gunakan pen tersebut. Software yang aku gunakan adalah artrage 2.5