31 March 2010

Digital Journal

2010 dibanjiri dengan gadget-gadget berasaskan tablet pc/phone. Walaupun tablet pc yang diperlopori oleh microsoft muncul sekitar tahun 2001, tetapi ianya tidak begitu diminati ramai. Teknologi yang direcycle dari mula kemunculannya dan diberi beberapa penambahbaikan, didapati mendapat perhatian ramai. bukan saja pengguna teruja, beberapa pengeluar juga telah mula mengeluarkan produk masing-masing berasaskan tablet  gadget ini. Microsoft Courier yang telah diwar-warkan sekitar september 2009 bakal memberi satu alternatif baru kepad penulis jurnal/blog dalam mengemaskini jurnal/blog masing-masing. Bukan itu sahaja dengan sedikit kreativiti dan pengubahsuaian, ianya boleh diadaptasi kepada murid-murid sekolah di Malaysia bagi menggantikan buku kerja/ buku nota/uku teks dan digunapakai di dalam sistem pembelajaran disekolah. Itupun sekiranya kos setiap unit yang rendah untuk dibeli oeleh ibubapa.

Pada bulan lepas Apple telah mengeluarkan produk iPad, tetapi kosnya dirasakan tidak menepati citarasa ramai dan ianya seolah-olah iphone yang dibesarkan dari segi saiz dengan beberapa ciri-ciri tambahan, begitu juga produk dari Fusion Garage iaitu JooJoo tablet. Samsung juga akan mengeluarkan produknya Manakala  Microsoft Courier, bakal menambahkan persaingan dalam merebut peluang dalam segmen ini. 

Di harap dengan bertambahnya persaingan akan dapat menghasilkan produk yang bermutu, mengikut citarasa ramai dan yang paling penting harga yang murah, sekiranya tidak, peluang ini mungkin akan dimonopoli oleh syarikat dari China dengan membuat produk tiruan dengan kos yang murah bagi menampung permintaan ramai.

17 March 2010

Sculptris bakal meletop!

Wow!! apa yang boleh lagi diucapkan lagi. Aku mula mengenali perisian ini semasa melayari forum wings3d. Tidak disangka walaupun masih diperingkat alpha3 (semasa entri ini ditulis), perisian ini telah membuat aku terpukau kerana ianya menonjolkan antaramuka yang ringkas berbanding perisian 3d yang gah dipasaran. Senang cerita “sweet &simple” walaupun terdapat banyak lagi kelemahan-kelemahan yang ada, tetapi pengkarya seolah-olah dibawa bermain dengan tanah liat sewaktu proses merekabentuk. Ianya seperti semasa zaman kanak-kanak dahulu bermain dengan “plaster sin”. Satu feature yang sedang ditunggu-tunggu adalah bump mapping/brush. Penciptanya yang dikenali sebagai drpetter telah menayangkan beberapa video sebagai teaser berkaitan feature ini, walaupun setakat ini dari 3 siri alpha telah dikeluarkan, masih belum kelihatan kemudahan ini. Beberapa kemudahan lain sedang diusahakan dan ianya dijangka bakal pesaing kepada  peneraju utama didalam industri 3d dan memberi alternatif kepada perisian berbayar seperti zbursh, mudbox dan 3dcoat

Dari pengalaman menggunakan beberapa perisian 3d yang lain, perisian ini merupakan perisian yang mudah untuk merekabentuk objek bersifat organik, contohnya seperti kepala, muka, badan, otot dan sebagainya. Penyusunan dan jumlah ikon sebagi antara muka yang mudah, ringkas dan tidak terlalu membebankan kepada pengguna baru untuk berjinak-jinak ke dalam bidang ini. Bagi pengguna tegar pula, boleh mempertimbangkan untuk dimasukkan kedalam  workflow sedia ada.

Jumaat Terakhir

Demam facebook semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, semakin kurang kenalan yang mengemaskini blog. Arus gelombang blog sudah tidak sehebat dahulu, mungkinkah arus blog akan menerima nasib yang sama seperti gelombang-gelombang terdahulu?…terkubur didalam lipatan sejarah.

Teruja? …sama sekali tidak…rasanya facebook tidak secocok dengan jiwa aku…tidak dinafikan aku mempunyai akaun facebook, tetapi sekadar untuk mengetahui perkembangan kenalan-kenalan lama…dan sebagai tanda protes maklumat di profile & gambar tidak dikemaskini walaupun terdapat beberapa permintaan. Jangan terperanjat sekiranya akaun facebook dipadam tiba-tiba, kerana aku ingin kembali semula aktif sebagai seorang blogger.

Kenapa menongkah arus? Aku suka pada kelainan dari biasa…aku masih ingat zaman window XP baru dipasarkan, ramai yang berlumba-lumba memasangnya tidak kira guna CD ori ataupun yang cetak rompak, tapi aku seronok mempelajari linux. Bila rakan sekerja sibuk memasang Vista, PC aku dipejabat masih lagi guna window 98. Sekarang sekali lagi ramai sudah beralih angin ke Window Seven aku pula masih seronok guna apple leopard.

Agak lewat menulis entri pertama untuk tahun ini, tetapi ianya merupakan titik tolak dan pengerak untuk aktif semula sebagai blogger. Alhamdulillah, hari yang ditunggu akhirnya tiba jua, walaupun agak tersasar dari jangkaan asal. Sedang warga kerja sibuk mengemas dan menyusun fail-fail, komputer, telefon, kabel rangkaian, barangan peribadi dan lain-lain peralatan di ruang kerja yang baru, aku menongkah arus dengan menyusun ruang kerjaku untuk pegawai penganti dan barang peribadi di susun rapi didalam kotak untuk dibawa pulang.

Minggu terakhir adalah minggu yang amat sibuk buat aku…mana nak siapkan nota serah tugas, kertas kerja, mesyuarat dan briefing kepada penganti yang telah hadir di pejabat. Walaupun pada riak wajah nampak gembira, tetapi sebenarnya hati ini berat dan sedih hendak meninggalkan pejabat tempat aku mencari rezeki , apakan daya keinginan untuk perubahan melebihi segalanya.

Banyak memori-memori yang sebenarnya mengajar erti pengorbanan dan ketabahan. Dari segi fizikal dan mental aku tidak segagah seperti dahulu semasa mula-mula berkhidmat. Semakin banyak kekurangan, kesilapan, suasana kerja yang kurang kondusif dan kelemahan yang aku telah aku lakukan sepanjang berkhidmat di sana menjadi batu pemberat untuk aku melakukan penghijrahan.

Jutaan terima kasih kepada semua warga kerja, kita tidak lagi berkerja sebumbung tetapi diharap ikatan silaturahim akan kekal selamanya. Jumaat terakhir amat terkesan dihati, mana akan aku lupa warga kerja membaca yasin di setiap pagi Jumaat bersama juadah nasi lemak kak bedah, pekena mee bandung dan air bandung hijau selepas solat Jumaat. Spaghetti disulam dengan juadah perpisahan di petang hari menutup tirai 12/03/10 merupakan Jumaat terakhir di pejabat.